Pelik tiada pemimpin Bersatu pertahan Muhyiddin – Najib



Pelik tiada pemimpin Bersatu pertahan Muhyiddin – Najib

Najib Razak mempersoalkan sikap berdiam diri kepimpinan tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) terhadap dakwaan rasuah yang melibatkan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Najib berkata, semua pemimpin parti itu bertindak mengunci mulut masing-masing dan tidak mempertahankan Muhyiddin yang disifatkan sebagai sesuatu yang pelik.

“Tak kan tiada seorang pun dari PPBM mahupun PN yang ingin bekap Abah kau setelah dia terkantoi membohong bahawa dia tengah sakit kanser di luar negara pada tarikh-tarikh UKSB mendakwa membayar RM1.3 juta kepada dia?

“Seorang pun tak mahu sangkal?, soal Najib di Facebook beliau.




Najib berkata demikian mengulas laporan media mengenai dakwaan Muhyiddin menerima RM1.3 juta daripada sebuah firma yang didakwa memberi rasuah kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Muhyiddin kemudiannya menafikan dakwaan itu dan berkata beliau sedia untuk disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Jumaat lalu, Muhyiddin berkata, dakwaan tersebut adalah palsu yang memberikan gambaran pihaknya turut menerima sogokan.

Jelas Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu, dakwaan bahawa beliau menerima dana tersebut antara Jun hingga Ogos 2018 juga tidak tepat berikutan pada tempoh tersebut beliau sedang mengambil cuti sakit akibat pembedahan.

Pada prosiding Jumaat lalu, David Tan Siong Sun, bekas pengurus pentadbiran Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB), ditunjukkan lejar syarikat dan diminta mengenal pasti beberapa akronim.




Antara lain, Tan mengenal pasti “TSM” sebagai “Tan Sri Muhyiddin” dan Muhyiddin ketika itu Menteri Dalam Negeri dibayar dengan RM1.3 juta secara tunai dan dibahagikan kepada tiga bahagian pembayaran. MG

Pelik tiada pemimpin Bersatu pertahan Muhyiddin – Najib


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Aksi Ariel Peluk, Pegang Paha Bunga Citra Lestari Atas Pentas Buat Peminat Doakan Cepat Kahwin [VIDEO]

Gaduh di Facebook membawa ke restoren

Bakti Allahyarham Adibah Noor, pelihara 41 ekor kucing



Leave a Reply

Your email address will not be published.