Bawa lari pelajar dari Klang, rogol di Melaka, lelaki ditahan

Bawa lari pelajar dari Klang, rogol di Melaka, lelaki ditahan

Seorang lelaki berusia 39 tahun ditahan selepas disyaki melarikan pelajar perempuan berusia 13 tahun di depan sekolah di Klang dan merogolnya di rumah kedai di Melaka.

Ketua Polis Klang Selatan, Cha Hoong Fong, berkata suspek ditahan semalam di sekitar Kuala Lumpur selepas menerima laporan berhubung kehilangan remaja itu daripada ibu bapanya pada Khamis.



Katanya, wanita itu memaklumkan anaknya yang juga pelajar Tingkatan 1 didakwa menaiki sebuah kereta selepas tamat waktu persekolahan.

“Pada 14 Jun lalu, mangsa dipercayai berkenalan dengan suspek menerusi satu aplikasi sebelum mereka membuat temujanji di hadapan sekolah untuk melarikan diri.

“Suspek kemudian mengambil mangsa dengan sebuah kereta dan melakukan hubungan seks di sebuah bangunan rumah kedai di Melaka,” katanya menurut laporan Kosmo.

Beliau berkata, suspek menghantar pelajar itu ke Sentul, Kuala Lumpur, kelmarin, sebelum mangsa meminta bantuan rakan sekelas untuk mengambilnya pulang.



“Suspek kini direman selama empat hari manakala telefon bimbit dan kenderaan digunakannya turut dirampas bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 363 dan Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya. FMT

Bawa lari pelajar dari Klang, rogol di Melaka, lelaki ditahan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Faziani Dnars mati dibunuh?

Wak Doyok, Fizo Omar Diminta Bertaubat Giatkan Promosi Forex



Kecantikan Anak Che Ta Macam puteri Zaman Dulu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker