Polis tahan lelaki disyaki serang Jagdeep

Polis tahan lelaki disyaki serang Jagdeep

Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung insiden Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa Pulau Pinang Jagdeep Singh Deo, cedera dipercayai akibat diserang dalam kejadian, Jumaat lalu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Mohd Shuhaily Mohd Zain, ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan suspek kini direman selama dua hari bagi membantu siasatan.

“Ya, saya sahkan polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes itu,” katanya namun enggan mengulas lanjut berhubung kes itu kerana dalam siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

Difahamkan, dalam kejadian 8.30 malam itu, Jagdeep berada di sebuah restoran di Tanjung Bungah apabila seorang lelaki dipercayai warga asing tidak dikenali menghampirinya dan kemudian menolaknya sehingga terjatuh.

Susulan kejadian, ahli politik berusia 51 tahun itu mengalami kecederaan patah pergelangan kaki kirinya dan kini dirawat di sebuah hospital swasta, di sini. FMT

Polis tahan lelaki disyaki serang Jagdeep


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Faziani Dnars mati dibunuh?

Wak Doyok, Fizo Omar Diminta Bertaubat Giatkan Promosi Forex

Kecantikan Anak Che Ta Macam puteri Zaman Dulu

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker