Virus cacar monyet dalam air mani, WHO mulakan siasatan

GENEVA – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan sedang menyiasat sama ada wabak cacar monyet boleh menular secara seksual selepas virusnya dikesan dalam air mani pesakit, lapor akhbar New York Post semalam.

Menurut agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu, pihaknya memandang serius penemuan tersebut oleh saintis di Itali dan Jerman.

“Ini mungkin sesuatu yang tidak pernah disedari berkenaan wabak cacar monyet sebelum ini.

“Kami perlu memberi tumpuan kepada cara penularan yang paling kerap berlaku dan apa yang jelas buat masa ini adalah virus cacar monyet dikaitkan dengan sentuhan kulit ke kulit,” kata  Pengurus Insiden Cacar Monyet WHO/Eropah, Catherine Smallwood.

WHO memberi amaran sejak beberapa minggu lalu bahawa penyebaran semasa yang membimbangkan ke berpuluh-puluh negara baharu adalah melibatkan lelaki yang melakukan hubungan seks sejenis.

Situasi tersebut dikesan dalam 99 peratus daripada 152 pesakit cacar monyet di England, demikian menurut Agensi Keselamatan Kesihatan Britain.

Britain mempunyai kes disahkan paling banyak  dengan sekurang-kurangnya 470 jangkitan.

Bagaimanapun, pengesanan air mani  pesakit cacar monyet di Itali dan Jerman meningkatkan kemungkinan bahawa wabak itu sebenarnya berjangkit secara seksual.

Ini termasuk sampel yang diuji di dalam makmal. Kajian itu mendapati  virus cacar monyet yang ditemui di dalam air mani  pesakit mampu menjangkiti orang lain.

Sebagai langkah berjaga-jaga, WHO menasihati pesakit cacar monyet supaya menggunakan kondom selama 12 minggu sekiranya melakukan hubungan intim selepas mereka pulih.

Pengarah Serantau WHO untuk Eropah, Hans Kluge juga menggesa penganjur festival terutama berkaitan golongan lesbian, gay, biseksual  dan transeksual (LGBT) untuk meningkatkan kesedaran mengenai penyebaran cacar monyet.

Kluge memberi amaran bahawa percutian musim panas, penganjuran pesta LGBT (Pride), festival muzik dan perhimpunan besar-besaran lain adalah medium paling mudah untuk penularan wabak cacar monyhet.

Ini kerana golongan muda yang  aktif secara seksual dan sering bertukar pasangan pada acara tersebut. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pemain Harimau Malaya rai kejayaan di kelab malam tular (Video)

Wajah kacak penjaga gol Harimau Malaya dipuji, persis pelakon Thai

Ramai lagi berjoget, tayang payudara, kenapa serang saya saja? – Ifa Raziah

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker