Mahkamah keluar waran tangkap terhadap bekas isteri SM Faisal

Mahkamah keluar waran tangkap terhadap bekas isteri SM Faisal

Mahkamah mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas isteri ahli perniagaan Emilia Hanafi, 43, atas kegagalannya hadir di Mahkamah Majistret dalam kes jenayah terhadap bekas suaminya, SM Faisal SM Nasimuddin.

Peguamnya Nizam Bashir berkata, waran itu dikeluarkan pada 20 Mei dan dilanjutkan oleh majistret hari ini.



“Setahu saya, Emilia keluarkan sijil cuti sakit (MC) daripada hospital kerajaan pada 20 Mei dan hari ini. Jadi dia mesti berada dalam negara,” katanya ketika ditanya mengenai keberadaannya.

Faisal didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mencederakan Emilia pada 2016.

Emilia dijadual hadir di mahkamah sebagai saksi pendakwaan dalam kes itu.

Mahkamah Syariah sebelum ini menjatuhkan hukuman penjara seminggu terhadap Emilia kerana didakwa tidak mematuhi perintah mahkamah berhubung hak lawatan anak.



Sementara itu, peguam Faisal, Akberdin Abdul Kader berkata, Mahkamah Majistret melanjutkan waran tangkap dikeluarkan pada 20 Mei sehingga hari ini selepas Emilia gagal hadir ke mahkamah buat kali ketujuh.

Beliau berkata, Emilia adalah saksi pertama dalam kes serangan itu dan telah mengemukakan tujuh sijil cuti sakit kepada mahkamah, termasuk satu hari ini.

Akberdin berkata, Majistret Nadia Othman kemudian mengarahkan waran tangkap terhadap Emilia dilanjutkan lagi.

Beliau yang juga peguam Faisal dalam kes hak penjagaan anak di Mahkamah Syariah, berkata polis diarahkan menahan dan menghantar Emilia ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman tujuh hari kerana menghina mahkamah.



Dalam keputusan awal mengenai hukuman menghina itu, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur Fouzi Mokhtar berkata, Emilia dijatuhi hukuman itu selepas dia gagal menghantar anak-anaknya kepada Faisal seperti diperintah oleh mahkamah beberapa kali sebelum ini.

Fouzi berkata, hukuman penjara tujuh hari terhadap Emilia adalah wajar kerana dia dengan sengaja melawan persetujuan penghakiman yang telah direkodkan.

Emilia dilaporkan telah memfailkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk menyemak keputusan Mahkamah Syariah Kuala Lumpur yang didapati tidak mempunyai hak untuk menjatuhkan hukuman penjara tujuh hari kerana dia menetap di Kajang, Selangor. FMT

Mahkamah keluar waran tangkap terhadap bekas isteri SM Faisal




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cik Non Viral meninggal dunia (video)



GSC didenda RM45,000: Catut air mineral, Mister Potato

India robohkan rumah tokoh-tokoh Islam



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker