Imam didakwa bogel depan budak perempuan, simpan video lucah

Imam didakwa bogel depan budak perempuan, simpan video lucah

Seorang imam berusia 60 tahun didakwa atas tiga pertuduhan kesalahan seksual termasuk berbogel di depan kanak-kanak perempuan di surau selain menyimpan video lucah dalam telefon bimbit.

Lelaki itu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Melaka, hari ini.

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas tiga pertuduhan itu dibacakan jurubahasa mahkamah di depan Hakim Maziah Joary Mohd Tajudin.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun.

Tindakan itu dilakukan antara 3.30 hingga 5 petang di sebuah surau di Melaka pada 28 Mei.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan kesalahan sama terhadap seorang lagi kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun lapan bulan, antara 5 hingga 5.30 petang, di dalam stor di surau sama, pada hari sama.

Warga emas itu didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang boleh dihukum bawah akta sama.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dihukum dengan sebat.

Bagi pertuduhan ketiga, tertuduh didakwa melakukan amang seksual bukan fizikal bagi maksud seksual dengan berbogel di depan mangsa sama berusia 13 tahun lapan bulan di tempat dan waktu sama.

Bagi tindakan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 16(a)(i) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda sehingga RM20,000 atau kedua-duanya.

Dalam prosiding berasingan di depan Majistret Mazana Sinin, tertuduh turut berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan kerana menyimpan video lucah dalam telefon bimbit.

Sabit kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.

Terdahulu, tertuduh diwakili peguam Muhammad Mustapa merayu jaminan rendah dapat diberikan dengan alasan tertuduh sudah berusia dan menderita penyakit gout.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin dengan jumlah keseluruhan RM23,000 dan menetapkan tarikh 15 Jul sebagai sebutan semula kesemua pertuduhan.

Pendakwaan kes dikendalikan Pendakwa Raya Intan Lyiana Zainal Abidin dan Sharina Farhana Nor Sa’ari. FMT

Imam didakwa bogel depan budak perempuan, simpan video lucah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cik Non Viral meninggal dunia (video)

“Kau Ada Kaki,Tangan Pergilah Cari Kerja. Tolong Sedar Diri, Dah Miskin Buat Cara Miskin” – Zarina Anjoulie

#MeleTOP: 24 jam selepas Viral..ini keadaan terkini Restoran 35..memang tak sangka

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker