PRU15 boleh diadakan selepas bajet wow – Tok Mat

PRU15 boleh diadakan selepas bajet wow – Tok Mat

Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan menjangkakan masa terbaik untuk mengadakan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) adalah sebaik sahaja Bajet 2023 dibentangkan pada Oktober ini.

Katanya, bajet itu perlu mempunyai faktor wow kerana ia merupakan buah tangan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob daripada Barisan Nasional (BN).

“Apabila kita kata bajet, ini bajet Ismail Sabri, bajet Umnolah, bajet BN. Nak pilihan raya buatlah bajet yang elok-elok.

“Tapi bajet pilihan raya ini mesti ada sesuatu yang dipanggil sebagai ‘wow factor’, jadi buatlah. Jadi, lepas pembentangan bajet, bolehlah buat pilihan raya.

“Kalau nak buat sebelum bajet buat apa, tak ada ‘mileage’ kan. Ataupun nak buat lama (lagi) selepas bajet pun tak guna juga,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.

Mohamad yang lebih dikenali sebagai Tok Mat berkata, beliau sebelum ini berpendapat Mac atau Jun tahun ini paling sesuai mengadakan PRU15, susulan kemenangan bergaya BN dalam pilihan raya negeri (PRN) Melaka dan Johor serta 10 pilihan raya kecil terdahulu.

Beliau berkata, pembangkang turut kalah teruk dalam PRN Sarawak pada 18 Dis 2021.

“Namun, kita faham sebab parti dan kerajaan dua entiti yang berbeza. Umno…Umno, kerajaan…kerajaan.

“Bagi pihak parti, ini parti punya ‘wishlist’, tapi bagi pihak kerajaan dan perdana menteri, dia ada pertimbangan-pertimbangan lain, termasuk memorandum persefahaman dengan pembangkang yang akan berakhir 31 Julai ini,” katanya.

Khemah besar pembangkang

Mohamad yang juga timbalan pengerusi BN berkata, pembangkang tidak akan berjaya membentuk kerajaan stabil menerusi pendekatan khemah besar kerana motif mereka hanya untuk menjatuhkan BN.

“Dulu, Pakatan Harapan (PH) pun ada khemah yang amat besar, tapi hanya bertahan 22 bulan.

“Kali ini mereka risau dengan BN. Orang kata memang takutlah pada BN. Kalau saya di sebelah sana pun saya takut. Ombak gelombang sokongan rakyat kepada BN telah kembali.”

Beliau juga berharap Umno tidak dipersalahkan atas kejatuhan kerajaan PH selama 22 bulan.

“Bukan kita jatuhkan PH ya. Jangan silap faham.

“Orang kata kerajaan PH jatuh sebab Langkah Sheraton. Tidak. Kerajaan PH jatuh sebab Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan perdana menteri dan Muhyiddin Yassin membuat ‘mutiny’.

“‘Mutiny’ ini pemberontakan ataupun mengkhianati parti dia sendiri dan bersama-sama Azmin Ali dan geng-geng dia, apa pula nak disalahkan Umno.” FMT

PRU15 boleh diadakan selepas bajet wow – Tok Mat


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Geli! Pelanggan Jumpa Bangkai Cicak Dalam Minuman Di Restoran Makanan Segera [VIDEO]

Anna Jobling jual wajah cantik?

Video pra perkahwinan Sofyank ‘another level’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker