Azmin, Mohd Rashid Tidak Lompat Parti, Tinggalkan Bersatu – Rosol

Azmin, Mohd Rashid Tidak Lompat Parti, Tinggalkan Bersatu – Rosol

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Rosol Wahid menafikan akan ada pemimpin parti itu dijangka melompat parti, selepas Datuk Zuraida Kamarudin.

Beliau memaklumkan, setakat ini kesemua ahli parti termasuk pemimpin Bersatu memberi fokus kepada isu rakyat dan pentadbiran parti.

Khabar angin sebelum ini mengatakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Ahli Parlimen Batu Pahat, Datuk Mohd Rashid Hasnon antara yang dijangka melompat parti.

“Setakat ini saya tak nampak, sebab Azmin (masih) pergi masyuarat MPT, Datuk Zuraidah sudah tiga, empat kali tak hadir masyuarat sehingga terakhir sekali keluar.

“Datuk Azmin setiap kali mesyauarat pun ada, Datuk Rashid pun ada. Setakat ini dinafikan (lompat parti), tak ada yang jelas sebegitu, kita harap tak ada isu itu. Bersatu fokus isu meningkatkan ekonomi rakyat dan dan kos sara hidup rakyat,” katanya.

Beliau ditemui media sempena Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) di pusat beli belah Lotus Tebrau, di sini hari ini.

Ketika ditanya adakah tindakan Zuraida keluar parti menjejaskan Bersatu?, Rosol menjelaskan tindakan Ahli Parlimen Ampang itu tidak menjejaskan parti.

Ini kerana jawatan Zuraida sebagai MPT adalah berdasarkan lantikan dan bukannya disebabkan menang bertanding.

Pada 26 Mei lepas Zuraida mengambil keputusan untuk keluar daripada Bersatu dan memutuskan untuk menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).-AA

Azmin, Mohd Rashid Tidak Lompat Parti, Tinggalkan Bersatu – Rosol

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nasi lemak berlauk tahi ikan bilis

Janna Nick bangga, fenomena Gatal jangkiti PSY

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker