Lelaki ditahan selepas aksi tagih dadah tular di Facebook

Lelaki ditahan selepas aksi tagih dadah tular di Facebook

Seorang lelaki ditahan polis di Chenderong Balai, semalam susulan satu rakaman video memaparkan aksi menagih dan menghisap dadah yang dimuat naik di Facebook.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak Ahmad Adnan Basri, berkata suspek berusia 46 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Jalan Dato’ Haji Yusof Maidin kira-kira pukul 5 petang.

Katanya, penahanan itu berdasarkan rakaman yang dimuat naik di akaun Facebook ‘I Love Teluk Intan’.

“Pemeriksaan di tubuh badan suspek membawa kepada penemuan dadah disyaki heroin bernilai RM832.50 yang dijumpai di dalam beg sandang berwarna hitam di bahu kanannya.

“Suspek mengaku mendapatkan bekalan dadah tersebut daripada seorang lelaki dengan nama panggilan ‘Apoi’ di kawasan Pekan Langkap dan usaha mengesan pengedar itu sedang giat dilakukan oleh pihak polis ketika ini,” katanya dalam kenyataan, lapor Bernama.

Beliau berkata ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis heroin dan memiliki 16 rekod jenayah berkaitan dadah, mencuri serta merompak.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. FMT

Lelaki ditahan selepas aksi tagih dadah tular di Facebook


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Anna Jobling trending ke luar negara

16 ciri terbaharu Apple yang anda perlu tahu

Rider ‘mat saleh’ persoal jalan raya Malaysia banyak lubang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker