Gadis dilamar, hantaran RM90K, tanah, ‘showroom’ kereta

Gadis dilamar, hantaran RM90K, tanah, ‘showroom’ kereta

ZAMAN sekarang jarang-jarang anak muda bersetuju dijodohkan dengan pilihan ibu bapa.

Jika ada sekalipun, jumlahnya mungkin sedikit. Sementelah ledakan laman sosial dan teknologi, masing-masing mempunyai calon pilihan hati. Manakala yang menerima pilihan orang tua dikatakan ‘old school’.

NAMUN, BESAR UNTUNGNYA MENDENGAR KATA ORANG TUA. MUNGKIN BERKAT REDA DAN RESTU IBU BAPA, SEORANG GADIS DIKURNIAKAN REZEKI WANG HANTARAN TUNAI SEBANYAK 300 JUTA RUPIAH (RM90,564).

Tidak hanya itu, gadis itu turut menerima hantaran mewah berupa satu set barang kemas, sebidang tanah sawah, pembiayaan pengajian serta bilik pameran kereta dengan kenderaan di dalamnya.

Gadis bernama Andi Besse Qurrata Ayyun yang kini masih menuntut di Universiti Hasanuddin menerima lamaran lelaki bernama Dical Arfandi dari Bone, Sulawesi Selatan, Indonesia. Dical juga merupakan mahasiswa semester keempat Universiti Negeri Makassar.

WALAUPUN HANYA DUA KALI BERSUA, DICAL MEMBERANIKAN DIRI MELAMAR AYYUN. MALAH DALAM MAJLIS YANG DIADAKAN, DICAL SENDIRI MENYERAHKAN WANG TUNAI DAN SET BARANG KEMAS KEPADA TUNANGANNYA.

Menurut bapa Dical, pemberian hantaran lain akan dilakukan dalam acara tertutup. Difahamkan ibu bapa Dical merupakan bekas murid bapa Ayyun. Keluarga gadis itu tidak meminta apa-apa syarat peminangan sebaliknya ia merupakan inisiatif daripada pihak lelaki.

“Kami akan melakukan sesi pemberian hantaran lain dalam suasana tertutup. Ketika acara peminangan, saya sudah jelaskan kepada ibu bapa Ayyun bahawa kami akan menyerahkan bilik pameran beserta kereta di Jalan Sultan Hasanuddin kepadanya.

“Disebabkan Ayyun akan menjadi anak saya juga, saya akan membiayai pengajiannya,” katanya seperti dilaporkan Detik.

Pasangan itu tidak bercinta dan hanya berjumpa dua kali. Mereka dijadualkan akan melangsungkan perkahwinan ada 17 September depan. Semoga dipermudahkan urusan pernikahan kedua-dua anak muda ini.

Wang hantaran

Wang hantaran merupakan hadiah berbentuk wang tunai yang diberikan oleh pihak lelaki kepada keluarga pengantin perempuan. Nilainya bergantung kepada persetujuan kedua-dua belah pihak keluarga. Biasanya nilai wang hantaran adalah tinggi kerana ia digunakan sebagai tanggungan majlis pernikahan dan kenduri-kendara. Wang hantaran merupakan adat dan ianya tidak wajib serta tidak menghalang perkahwinan daripada berlaku.

Mas kahwin

Mas kahwin atau mahar merupakan pemberian wajib oleh pengantin lelaki kepada pengantin perempuan sebagai hadiah perkahwinan. Ianya telah ditetapkan oleh syarak dan nilainya ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam di negeri masing-masing. Jadi, setiap negeri, mempunyai nilai mas kahwin berbeza. Selain itu, ada juga negeri yang tidak menetapkan nilai mas kahwin seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

Mas kahwin adalah hak isteri. Ia tidak boleh diambil oleh ibubapa atau si suami melainkan dengan kebenaran si isteri. SPlus

Gadis dilamar, hantaran RM90K, tanah, ‘showroom’ kereta


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘119 Tak Dapat Sekarang, Boleh Cuba Tekan Butang’ – Najib

Elaun Pengerusi GLC RM1 juta sebulan, saya fikir melampau

Netizen Tegur Sarah Hildebrand Selamba Belanja Foto Pakai Coli Dengan Boxer Di IG

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker