PRU15: PM tidak buat keputusan membelakangi YDPA

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak akan membuat keputusan secara bersendirian untuk menentukan tarikh Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pegawai Khas kepada Perdana Menteri, Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, sebaliknya, Ismail Sabri akan berbincang berkenaan perkara tersebut bersama parti dan ahli kabinetnya.

Menurut beliau, dari sudut strategi, adalah lumrah untuk mana-mana Perdana Menteri membiarkan semua pihak berteka-teki mengenai bila mereka akan memanggil pilihan raya.



“Dari sudut Perlembagaan, Perdana Menteri akan akur kepada kuasa Yang di-Pertuan Agong dan tidak akan mendahului Baginda dalam soal pembubaran Parlimen,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Pada 2 Jun, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook menyelar Perdana Menteri kerana kononnya bersikap ‘flip-flop’ dalam soal bila beliau akan memanggil pilihan raya.

Anthony turut menyatakan bahawa Ismail Sabri perlu lebih tegas dan konsisten dalam pendiriannya berkaitan tarikh PRU15.

Jelas Anthony, Ismail Sabri tidak seharusnya menyampaikan mesej tidak jelas yang hanya akan membawa kepada ketidakstabilan politik berterusan dan menjejaskan keadaan ekonomi negara.



Oleh itu, Ismail Sabri membidas dengan menyatakan bahawa beliau tidak mempunyai kuasa menetapkan tarikh PRU15 kerana semuanya terletak kepada keputusan Yang di-Pertuan Agong.

Jelas Ismail Sabri, ia merupakan satu kesalahan dari segi perlembagaan sekiranya beliau menetapkan tarikh PRU kerana kuasa penentu adalah daripada Yang di-Pertuan Agong.

Kamarul berkata, bidasan Perdana Menteri itu adalah bukti jelas walaupun kerajaan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik dengan DAP namun Ismail Sabri adalah pemimpin yang mempunyai jati diri dan tegas apabila berhadapan dengan pemimpin DAP.

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Annuar Musa akui ‘ingkar’ pada kehendak Pengerusi BN



Ajal Ketika Tukar Tayar Kereta Pancit, Dua Maut Di Rempuh Lori [VIDEO]

 



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker