Adakah Rafizi Menang Kerana Pengundi Hantu?

Oleh Nurul Aisyah

KEMENANGAN Rafizi Ramli bagi jawatan Timbalan Presiden PKR sedang dipertikaikan ramai pihak. Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak Bekas pembantu Presiden PKR Anwar Ibrahim antara individu yang lantang mempertikaikan ketelusan pemilihan PKR baru-baru ini dengan mendakwa ada undi yang “hilang” khususnya bagi jawatan timbalan presiden.

Adakah Rafizi Ramli menang kerana pengundi hantu dan juga manipulasi sistem undi online sebagaimana yang didakwa ramai pihak?

Sebelum pemilihan, Raja Formula Songsang tersebut mendakwa ada 54,000 pengundi hantu dalam PKR. Rafizi menegaskan pihaknya telah mengenal pasti kewujudan 54,000 daftar pemilih PKR yang meragukan di seluruh negara.

Kini setelah beliau menang jawatan Timbalan Presiden, Rafizi dilihat hanya mendiamkan diri berhubung dakwaan wujud 54,000 pengundi hantu dalam PKR tersebut.

Kifarah itu pasti. Farhash pula mempertikaikan percanggahan dalam pemilihan PKR baru-baru ini dengan mendakwa ada undi yang “hilang” khususnya bagi jawatan timbalan presiden. 147,000 ahli PKR dilaporkan mengambil bahagian dalam pemilihan parti itu.

Rafizi Ramli memperoleh 68,992 undi, manakala Saifuddin Nasution Ismail mendapat 50,038 undi, bererti jumlahnya cuma 119,030 undi sahaja.

Jumlah ini sahaja menimbulkan persoalan apa yang terjadi dengan kira-kira 27,970 undian selebihnya. Sekalipun dihitung dengan undi rosak di seluruh negara, lebih 26,000 undian masih lagi hilang.

Ironinya, percanggahan jumlah ini hanya dilihat dalam undi melibatkan jawatan timbalan presiden.

Ketika Pilihan Raya Umum ke-13, Rafizi menipu dan menghasut rakyat agar turun ke jalan raya untuk protes kononnya wujud 40,000 pengundi hantu dalam senarai pemilih.

Dulu Rafizi menipu dan menghasut rakyat kononnya wujud 40,000 pengundi hantu dalam senarai pemilih PRU-13. Kini kemenangan beliau pula dipertikaikan apabila 26,000 pengundi pemilihan PKR pula hilang bagi jawatan timbalan presiden sedangkan Rafizi mendakwa wujud 54,000 daftar pemilih PKR yang meragukan di seluruh negara. Kuat sangat menipu Raja Formula Songsang ini akhirnya terjebak juga.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker