BN perlu ambil iktibar

KONVENSYEN Barisan Nasional (BN) yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, Rabu lalu dilihat seperti satu perhimpunan ‘memanaskan badan’ sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang dikatakan akan berlangsung tidak lama lagi.

Pada konvensyen tersebut yang diadakan sempena menyambut ulang tahun ke-48 penubuhan BN, hampir seluruh ahli BN yang hadir di dalam dewan itu begitu bersemangat menampilkan perpaduan yang jitu dengan matlamat memperoleh dua pertiga majoriti dalam parlimen pada PRU15, sekali gus merampas tampuk pemerintahaan negara.

Dalam ruangan Lidah Pengarang, Sin Chew Daily menulis sumbangan BN yang mentadbir kerajaan selama 60 tahun sememangnya amat besar.



Tidak dinafikan, peranannya begitu penting ketika membawa negara ke arah pertumbuhan ekonomi yang kukuh.

“Bermula daripada Parti Perikatan yang dianggotai oleh tiga parti utama sebelum menambahkan jumlah keanggotaan kepada 14 parti telah memperlihatkan kesemua parti komponen ini memainkan peranan yang tersendiri dalam komuniti mereka masing-masing.

“Bagaimanapun, sepanjang tempoh pemerintahaan, BN telah diketuai oleh pemimpin-pemimpin yang mempunyai cara pentabdbiran yang berbeza.

“Sebagai contoh, UMNO telah ditonjolkan sebagai ‘abang’ dalam BN sehingga semangat persefahaman dan muzakarah yang sepatutnya diamalkan antara parti-parti komponen dalam BN telah terkikis secara perlahan-lahan,” jelas akhbar itu.



Menurut Sin Chew Daily, di bawah semangat BN, sektor ekonomi di dalam negara telah berkembang pesat bermula era 80-an apabila Malaysia yang sebelum itu merupakan negara pertanian telah mengalami perubahan besar dengan kemasukan ramai pelabur asing sekali gus merancakkan sektor perindustrian.

“Kedatangan ramai pelabur asing untuk menanam modal di negara kita telah menyebabkan Malaysia muncul antara negara perindustrian yang paling maju di rantau Asia Tenggara.

“Bagaimanapun, ketika di bawah pentabdiran BN, terdapat banyak kelemahan dan kepincangan antaranya, budaya kronisme dan nepotisme berlaku secara berleluasa, ketidaksamarataan pembahagian hasil pembangunan ekonomi antara negeri, ketidakadilan peluang yang diberikan antara kaum selain kes-kes rasuah dan penyelewengan kuasa membabitkan pemimpin-pemimpin BN sendiri.

“Semua apa yang berlaku selama beberapa dekad ini telah merosakkan imej BN,” ujar akhbar Cina itu lagi.



YANG TINGGAL UMNO, MCA, MIC

Akhirnya, pada PRU 2018, BN ditumbangkan dan digantkan oleh Pakatan Harapan (PH). Sebahagian parti komponen mengambil keputusan untuk meninggalkan BN. Yang tinggal hanyalah tiga parti besar, iaitu UMNO, MCA dan MIC.

BN hanya mampu kembali berkuasa apabila berlakunya ‘Langkah Sheraton’, namun atas sokongan yang diberikan oleh Perikatan Nasional (PN) yang terdiri daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas.

“BN dikatakan mempunyai peluang yang cerah untuk kembali semula ke Putrajaya setelah memperoleh kemenangan yang cemerlang dalam dua pilihan raya negeri, iaitu di Melaka dan Johor.



“Maka sebab itulah pemimpin-pemimpin UMNO dikatakan terus mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob agar membubarkan Parlimen dan mengadakan PRU secepat yang mungkin.

“Melihat situasi politik terkini, memang benar BN memiliki kelebihan untuk memenangi PRU15 sekiranya Parlimen dibubarkan ketika ini. Selain mengambil kira faktor kemenangan besar PRN di Melaka dan Johor, satu lagi sebab yang memihak BN ialah tiada krisis dalaman dan perpecahan yang berlaku dalam UMNO sedangkan PH dan PN berada dalam keadaan kurang stabil.

“Salah satu Tekad BN PRU15 yang ditandatangani pemimpin-pemimpin BN pada konvensyen tersebut ialah mendukung nilai-nilai politik kesederhanaan dan menjadi wadah yang terbuka dan inklusif dalam menerajui persefahaman politik demi kerukunan negara.

“Itulah tekad BN dan sebenarnya itulah sebuah kerajaan yang dikehendaki oleh seluruh rakyat Malaysia. Kita harap apa yang dijanjikan BN dapat dikotakan,” tulis akhbar Cina itu.



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Annuar Musa akui ‘ingkar’ pada kehendak Pengerusi BN

Ajal Ketika Tukar Tayar Kereta Pancit, Dua Maut Di Rempuh Lori [VIDEO]

 

Glamor, nama sahaja tak cukup, Norman takkan masuk politik

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker