Zuraida sepatutnya berbincang dengan saya dulu – Ismail Sabri

Zuraida sepatutnya berbincang dengan saya dulu – Ismail Sabri

Datuk Zuraida Kamaruddin tidak pernah berbincang dengan Perdana Menteri untuk meletak jawatan sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi serta keluar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

“Ini bukan rombakan Kabinet, dia yang umum dulu. Tapi saya tak tahulah apa yang berlaku selepas ini, tunggulah.

“Dia cuma berhenti (keluar) daripada Bersatu, dia tak berhenti dari Kabinet. Kabinet berbeza, parti berbeza.

“Lagipun, dia keluar Bersatu pun dia tak bincang dengan saya, itu soal parti dia,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Konvensyen Barisan Nasional (BN) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC), di sini, hari ini.

Minggu lalu, Ahli Parlimen Ampang itu membuat kejutan apabila mengumumkan menyertai PBM dengan alasan tertarik dengan perjuangan parti baharu berkenaan.

Beliau bagaimanapun memaklumkan, akan berjumpa dengan Perdana Menteri dalam masa terdekat untuk membincangkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

Kata Zuraida, beliau juga akan berbincang mengenai peranan dan hala tuju PBM demi mengukuhkan lagi kerajaan Keluarga Malaysia.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, daripada segi tindakan itu, Zuraida sepatutnya berbincang dengan beliau dahulu, kerana yang dipegangnya itu adalah jawatan Kabinet. MG

Zuraida sepatutnya berbincang dengan saya dulu – Ismail Sabri


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bill Gates ramal dunia dilanda pandemik baharu 20 tahun lagi

Najib bidas Kit Siang, balun Mahathir, cakap tidak serupa bikin

Pejuang umum akan ‘perangi’ semua kerusi Bersatu dalam PRU-15

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker