Suspek pengedar dadah cuba rempuh polis

Suspek pengedar dadah cuba rempuh polis

IPOH: Polis terpaksa melepaskan enam das tembakan ke arah tayar sebuah kereta dipandu seorang lelaki disyaki pengedar dadah selepas dia bertindak agresif merempuh kereta polis dalam insiden di Ayer Tawar, Lumut hari ini.

Ketua Polis Perak, Mior Faridalathrash Wahid, berkata dalam insiden 4 petang, kereta dipandu lelaki berusia 61 tahun ditahan sepasukan anggota yang sedang melakukan rondaan cegah jenayah.

Beliau berkata, suspek bagaimanpun cuba melarikan diri dengan bertindak merempuh bahagian depan kereta polis sebelum memecut kenderaannya.

“Tindakan itu mengancam pihak berkuasa menyebabkan polis terpaksa melepaskan enam das tembakan ke arah tayar kereta suspek sebelum berjaya menahannya kira-kira 800m dari lokasi rempuhan,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Mior berkata, hasil pemeriksaan ke atas kereta lelaki itu menemukan 33 paket dadah jenis syabu seberat 62.5g.

“Polis turut menahan isteri suspek berusia 38 tahun serta anak pasangan itu berumur dua tahun yang berada dalam kereta tersebut bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan,” katanya. FMT

Suspek pengedar dadah cuba rempuh polis


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bill Gates ramal dunia dilanda pandemik baharu 20 tahun lagi

Najib bidas Kit Siang, balun Mahathir, cakap tidak serupa bikin

Pejuang umum akan ‘perangi’ semua kerusi Bersatu dalam PRU-15

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker