Jika Khir Toyo Mampu Rampas Semula Parlimen Sungai Besar, Kenapa perlu Bagi Zafrul Jadi Calon



Oleh Nurul Aisyah

SEMUA pihak tahu Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz tidak akan mampu rampas kerusi Parlimen Sungai Besar dari calon Bersatu, Muslim Yahaya.

Zafrul tidak ada akar umbi yang kuat. Malah beliau tidak ada kredibiliti untuk menang di parlimen tersebut.

Berlainan pula dengan Dr Mohamad Khir Toyo yang yakin akan mendapat sokongan padu sekiranya dia bertanding di Parlimen Sungai Besar pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 akan datang.

Beliau yakin Umno mampu merampas kembali kerusi tersebut. Faktor paling penting dalam menentukan calon PRU15 adalah “winnable candidate” yang sebenarnya. “Winnable candidate” bukan sekadar retorik dan syok sendiri sahaja.




Walaupun Umno hilang kuasa ke atas kerajaan negeri Selangor sejak 2008, namun kerusi parlimen Sungai Besar tidak pernah terlepas daripada Umno sehinggalah pada PRU-14 pada 2018. Ketika itu, Budiman Mohd Zohdi tewas kepada calon Bersatu, Muslim Yahaya.

Kini Tengku Zafrul Abdul Aziz juga dikatakan mengintai kerusi parlimen Sungai Besar.

Perlukah UMNO mempertaruhkan Zafrul sebagai calon Parlimen Sungai Besar sedangkan beliau tidak mampu memastikan kemenangan buat UMNO di kerusi tersebut?

Tambahan pula, desas desus bertiup kencang mengatakan Zafrul merupakan proksi Daim dan Mahathir. Adakah beliau dihantar untuk merosakkan UMNO?

PRU15 sangat penting untuk UMNO. Setiap langkah perlu diperhalusi agar ianya membawa kemenangan kepada UMNO dan dapat menjaga parti tersebut dari dirosakkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.






Leave a Reply

Your email address will not be published.