KJ angkat Rafizi sebagai ahli parlimen paling berbakat

Kejayaan Rafizi Ramli memenangi jawatan timbalan presiden PKR bukan saja dialu-alukan oleh penyokongnya, malah pemimpin seteru politik parti berkenaan.

Antaranya ialah Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Tidak saja mengucapkan tahniah, Khairy yang juga bekas ketua Pemuda Umno memberikan pujian tersendiri kepada Rafizi apabila menganggap bekas ahli parlimen Pandan itu sebagai ahli politik yang amat berbakat besar.



“Tahniah Rafizi Ramli kerana menang jawatan timbalan presiden PKR dan selamat kembali aktif berpolitik.

“Saya selalu mengatakan bahawa anda adalah ahli politik paling berbakat dalam generasi kita dan (saya) mendoakan yang terbaik untuk anda,” tulis Khairy di media sosialnya hari ini.

Untuk rekod, di luar persaingan politik ke partian Khairy, Rafizi dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar, dianggap berkawan baik dan sesekali mereka bertemu lalu menarik perhatian ramai.

Rafizi berjaya memenangi jawatan timbalan presiden PKR dengan mengetepikan pencabarnya, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail.



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Mahkamah dimaklumkan Adun Gombak Setia minta izin bila mahu ‘main’

Jawatan MP Ampang Zuraida Sebagai MPT Bersatu Tergugur Serta-Merta – Hamzah



Pertahan PN kekal bersama MN: Kenyataan Hadi buat semua pening

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker