Masa PKPB Adun PN Melayu Boleh Nyanyi Minum Arak di KTV Hotel tapi…

Oleh Nurul Aisyah

KERAJAAN Perikatan Nasional(PN) pimpinan Muhyiddin sangat tidak adil dan gagal. Mereka melaksanakan darurat separuh masak yang paling panjang dalam dunia namun gagal mengawal Covid19 dengan berkesan apabila statistik menunjukkan “Brought In Death” (BID) Malaysia antara yang tertinggi didunia juga.

Ketika kita semua bergelut dengan Covid19, ADUN PN berbangsa Melayu dan beragama Islam ini boleh menyanyi dan minum arak dalam bilik VIP KTV di hotel sampai awal pagi walaupun KTV tidak dibenarkan beroperasi semasa PKPB dilaksanakan pada akhir tahun 2020 semasa pemerintahan kerajaan PN tersebut.



Antara aktiviti yang tidak dibenarkan semasa PKPB adalah sukan bola sepak, ragbi, renang tempat awam, bazar ramadan, bazar raya, panggung wayang, pusat hiburan,pusat karaoke,taman tema,karnival jualan, persidangan dan pameran.

Semasa ADUN PN bebas membuat maksiat di KTV hotel, Datuk Seri Najib disaman hanya kerana dilaporkan terlupa mengimbas MySejahtera sebelum masuk restoran. Pada 7 Mei, Najib didenda RM3,000 kerana tidak mengimbas suhu dan MySejahtera sebelum menjamu selera di sebuah kedai nasi ayam di Kuala Lumpur.

Namun insiden Adun PN dikatakan merancang insiden rogol dikatakan mendapat keistimewaan apabila polis tidak melaporkan dengan segera.

Seorang wanita mendakwa dirogol kenalan kepada Adun Gombak Setia, Hilman Idham. Menurut sumber, wanita itu mendakwa ahli politik dari Bersatu berkenaan merancang insiden yang berlaku pada 5 Dis lalu.



Berdasarkan laporan polis pada 8 Mei, mangsa mendakwa kejadian itu berlaku di sebuah hotel di Selangor, yang pada masa itu berada di bawah perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB).

Mereka nyanyi dalam bilik VIP KTV di hotel sampai awal pagi walaupun KTV tidak dibenar beroperasi semasa PKPB dilaksanakan masa itu. Malah mangsa juga sahkan klip video CCTV menunjukkan mereka masuk bilik hotel yang tular di media sosial.

Perkara ini mengundang kontroversi dan pertanyaan adakah kes rogol tak sama penting dengan kes lupa scan MySejahtera?

Untuk makluman, pengadu dalam kes perbicaraan rogol membabitkan pembantu kepada Adun Gombak Setia, Hilman Idham menafikan dakwaan bahawa dia bersetuju melakukan hubungan seksual dengan tertuduh, yang dikenali sebagai Mohd Zulfahimin Mahdzir.



Ketika pemeriksaan balas daripada peguam bela Chris Kooi, wanita berusia 33 tahun itu tidak bersetuju dengan cadangan bahawa dia menarik Zulfahimin ke dalam bilik tidur di Dorsett Hartamas Kuala Lumpur di mana kejadian rogol itu didakwa berlaku selepas tengah malam pada 5 Dis 2020.

Wanita itu tidak bersetuju dengan cadangan Kooi bahawa ada orang lain di dalam bilik tidur yang meninggalkan mereka bersendirian di mana dia sebelum itu menari secara erotik di hadapan Zulhahimin di bilik karaoke tempat Hilman menganjurkan majlis hari jadinya.

Jika benar apa yang wanita tersebut katakan maka Adun PN yang berbangsa Melayu dan beragama Islam ini bukan sahaja menyanyi dan minum arak di KTV hotel, malah mereka melakukan jenayah rogol di bilik hotel tersebut.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker