Bersatu gesa Zuraida kembali jawatan menteri pada mereka



Zuraida PKR sudah ‘mati

Dengan keluarnya Zuraida Kamaruddin daripada Bersatu, seorang pemimpin parti itu mengeluarkan peringatan bahawa jawatannya dalam Jemaah Menteri mesti dikembalikan kepada Bersatu.

Ketua Pemuda Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, pemergian Zuraida daripada parti telah dipersetujui dan tidak wujud “hubungan buruk”, walaupun beberapa ahli parti mengkritiknya.

Beliau berkata, perpindahan Zuraida ke Parti Bangsa Malaysia (PBM) dijangka secara meluas oleh kepimpinan Bersatu kerana jelas beliau adalah penggerak utama di sebalik penubuhan PBM Oktober lepas.

Senator itu berkata, Zuraida menerima surat tunjuk sebab berhubung dakwaan penglibatannya dalam PBM dan peletakan jawatannya hari ini adalah bukti beliau terlibat dalam parti yang baharu ditubuhkan itu selama ini.

“Kami berterima kasih kepadanya atas jasanya sebagai menteri Bersatu. Beliau telah menjalankan tugasnya dengan hebat dalam tempoh singkat (memegang jawatan). Mengenai siapa yang akan menggantikannya sebagai menteri, ia adalah seseorang daripada Bersatu.




“Ini seperti yang dipersetujui antara presiden kami, Muhyiddin Yassin dan Perdana Menteri (Ismail Sabri Yaakob). Jadi prerogatifnya tetap pada perdana menteri dan Muhyiddin,” kata timbalan menteri perpaduan negara itu kepada FMT.

Pagi ini, Zuraida, yang juga menteri perusahaan perladangan dan komoditi, mengumumkan bahawa beliau akan meninggalkan Bersatu untuk menyertai PBM.

Katanya, beliau akan membincangkan peletakan jawatannya dalam Jemaah Menteri dengan perdana menteri dalam masa terdekat, namun tetap menyokong kerajaannya.

Zuraida menyertai Bersatu selepas dipecat daripada PKR berikutan Langkah Sheraton pada 2020.

Khabar angin bahawa beliau akan meninggalkan Bersatu untuk menyertai PBM bertiup kencang sejak akhir tahun lepas berikutan spekulasi bahawa bekas naib presiden PKR itu akan mengetuai parti yang kini diterajui oleh Ahli Parlimen Julau Larry Sng.




Pada Disember, Zuraida berkata, beliau tidak menerima sebarang tawaran untuk menyertai mana-mana parti, namun “sebarang tawaran mesti dipertimbangkan”.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]




Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Warga emas cedera dipukul penunggang motosikal [VIDEO]

Hakim Arief Emran Dah Tarik Diri, Hakim Nazlan Pula Bagaimana?

Ustaz Abdul Somad diusir dari Singapura



Leave a Reply

Your email address will not be published.