Saifuddin Nasution dijangka ‘tapau’ Rafizi dalam pemilihan PKR



Saifuddin Nasution mempunyai peluang lebih cerah untuk memenangi jawatan Timbalan Presiden berbanding pencabarnya, Rafizi

BIARPUN proses pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) masih belum selesai sepenuhnya, namun ramai pemerhati politik berpandangan bahawa Setiausaha Agung, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, mempunyai peluang lebih cerah untuk memenangi jawatan Timbalan Presiden berbanding pencabarnya, Rafizi Ramli.

Malah, banyak pihak melihat Saifuddin lebih sesuai menjadi orang kanan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dikatakan mempunyai pemikiran dan pandangan yang sealiran dengan Presiden PKR itu.

Saifuddin juga dilihat sebagai seorang yang setia dengan parti dan Anwar sama ada semasa susah mahu pun senang termasuk ketika era Reformasi 1998, kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada Februari 2020 mahu pun kekalahan pakatan pembangkang di Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Sarawak dan Johor.

Sebaliknya, Rafizi pula dilihat sebagai ‘budak nakal’ kerana apabila memilih untuk berehat panjang kira-kira dua tahun selepas beliau tewas dalam pemilihan parti kepada mantan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, pada November 2018.

Tindakan Rafizi itu menyebabkan ramai penyokong kuatnya kini beralih arah dan menyokong kepemimpinan Saifuddin yang dilihat lebih matang, berpengalaman dan sentiasa setia kepada parti dan Presiden PKR biarpun mereka kalah teruk dalam pilihan raya, sebelum ini.




Beberapa tindakan Rafizi yang berbeza pendapat dengan Presiden PKR terutamanya formula-formula beliau turut memberi kelebihan kepada Saifuddin.

Berikutan itu, tidak hairanlah jika ramai penyokong dan ahli PKR memilihan untuk mengundi Saifuddin sebagai Timbalan Presiden bagi memperkuatkan kembali PKR sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

RAFIZI MAMPU BUAT ‘COME BACK’

Biarpun situasi sekarang tampak berpihak kepada Saifuddin namun Rafizi masih berpeluang membuat ‘come back’ dan memenangi jawatan Timbalan Presiden PKR kerana masih terdapat beberapa negeri masih belum habis melaksanakan pemilihan termasuk Selangor, Perak, Sabah dan Sarawak.

Untuk rekod Selangor sebagai negeri yang dicatatkan paling ramai ahli PKR akan mengadakan pengundian, pada hari ini dan Perak, Sabah dan Sarawak pada esok, manakala keputusan penuh dijangka diumumkan pada 23 Mei.




Selain itu, terdapat juga enam cabang bermasalah yang belum mengadakan pengundian termasuklah lima cabang di Kelantan dan satu cabang di Kedah.

Oleh itu, peluang antara Saifuddin mahu Rafizi untuk menang jawatan Timbalan Presiden PKR masih lagi terbuka dan bergantung kepada pengundi di Selangor, Perak, Sabah dan Sarawak yang akan menunaikan tanggungjawab mereka pada Sabtu dan Ahad ini.

IDEA RAFIZI DIGEMARI ANAK MUDA

Penganalisis politik, Profesor Emeritus, Datuk Dr Zainal Kling berkata, biarpun Saifuddin nampak berada di hadapan dan lebih popular dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden PKR, namun Rafizi masih berpeluang menang.

Beliau berkata, Rafizi juga mempunyai kelebihan tersendiri kerana banyak ideanya amat disukai dan diterima oleh orang ramai terutama genarasi muda termasuk ahli PKR sendiri.




Bagaimanapun, Zainal berkata, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa idea ‘khemah besar’ dicetuskan oleh Saifuddin dilihat lebih relevan dan disukai oleh penyokong PKR kerana dilihat mampu mengembalikan kuasa mentadbir Putrajaya kepada PH pada PRU15 nanti.

“Idea Rafizi supaya PKR dan PH kembali kepada matlamat asal penubuhan akan ‘mengucupkan’ atau menyempitkan peluang pembangkang kembali menguasai Putrajaya.

“Justeru itu, secara peribadi saya melihat Saifuddin mempunyai peluang lebih cerah untuk memenangi jawatan nombor dua dalam PKR dan menjadi ‘orang kuat’ kerana ideanya selari dengan situasi politik negara sekarang,” katanya.

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);




KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


DJ Dave Menyanyikan Lagu Raya Untuk Pandalela Di Hanoi

Farahdhiya tayang paha sebaik habis Ramadan

Gambar MK K-Clique berkahwin cetus huru-hara



Leave a Reply

Your email address will not be published.