WHO beri amaran Cacar Monyet kini menyerang dunia

LONDON: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meramalkan lebih banyak kes penyakit cacar monyet dikesan melalui perluasan tindakan pengawasan di negara, di mana penyakit itu lazimnya tidak ditemui.

Sehingga semalam, WHO memaklumkan sebanyak 92 kes positif direkodkan, termasuk 28 kes suspek cacar monyet dari 12 negara anggota yang bukan wabak endemik.

Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu berkata, pihaknya akan menyediakan panduan dan cadangan lanjut dalam tempoh beberapa hari akan datang untuk negara mengenai langkah mengurangkan penyebaran cacar monyet.



“Maklumat yang tersedia memaklumkan penularan dari manusia ke manusia berlaku dalam kalangan orang yang mempunyai hubungan fizikal rapat dengan kes bergejala,” jelas WHO.

Cacar monyet adalah penyakit berjangkit yang selalunya menyebabkan simptom ringan dan diklasifikasikan sebagai wabak endemik di sebelah barat dan tengah Afrika.

Penyakit itu merebak menerusi kontak rapat, jadi ia boleh dikawal dengan mudah melalui langkah seperti pengasingan diri dan mengamalkan kebersihan.

“Apa yang nampaknya berlaku sekarang ia berada di dalam populasi sama ada dalam bentuk seksual, alat kelamin dan disebarkan menerusi jangkitan seksual sehingga meningkat penularannya ke seluruh dunia,” kata Pakar Penyakit Berjangkit WHO, David Heymann.



Heymann berkata, jawatankuasa pakar antarabangsa yang bermesyuarat menerusi sidang video melihat kepada keperluan untuk mengkaji mengenai penularan dan berkomunikasi dengan orang awam.

“Ia termasuk sama ada terdapat potensi berlaku sebarang penyebaran tanpa gejala, golongan paling berisiko dan pelbagai saluran jangkitan.

“Mesyuarat itu diadakan kerana situasi mendesak, bagaimanapun jawatankuasa terbabit bukan entiti yang mencadangkan untuk pengisytiharan kecemasan kesihatan awam yang menimbulkan kebimbangan antarabangsa, iaitu bentuk amaran tertinggi dikeluarkan WHO dan terpakai terhadap pandemik COVID-19,” katanya.

Beliau berkata, kontak rapat adalah ‘saluran’ jangkitan utama kerana kebiasaannya luka penyakit terbabit sangat menular.



“Sebagai contoh, ibu bapa yang sedang menjaga anak yang sakit tergolong berisiko termasuk juga kakitangan kesihatan.

“Itu sebabnya beberapa negara mula ‘mengerahkan’ pasukan untuk merawat pesakit cacar monyet menggunakan vaksin cacar iaitu virus berkaitan. Banyak kes yang direkodkan ketika ini dikesan di klinik kesihatan seksual,” katanya – REUTERS.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


DJ Dave Menyanyikan Lagu Raya Untuk Pandalela Di Hanoi

Farahdhiya tayang paha sebaik habis Ramadan



Gambar MK K-Clique berkahwin cetus huru-hara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker