Dunia di ambang krisis makanan

Dunia di ambang krisis makanan

Tindakan kerajaan India yang melarang eksport gandum akibat fenomena gelombang haba menerima kritikan daripada menteri-menteri pertanian negara Kumpulan Tujuh (G7) kerana ia akan memburukkan lagi krisis makanan semasa yang dihadapi seluruh dunia.

“Jika semua negara melaksanakan sekatan eksport atau menutup pasaran kepada negara luar, ia akan memburukkan lagi krisis yang dihadapi,” kata Menteri Pertanian Jerman, Cem Ozdemir dalam satu kenyataan akhbar di Stuttgart.

India kelmarin mengumumkan larangan ke atas eksport gandum yang berkuat-kuasa serta merta selepas suhu ekstrem akibat gelombang haba menjejaskan penghasilannya.

Negara pengeluar gandum kedua terbesar dunia itu berkata, faktor-faktor yang mempengaruhi keputusan tersebut adalah termasuk hasil tanaman yang rendah serta lonjakan harga global akibat peperangan di Ukraine.

Ia seterusnya menimbulkan kebimbangan buat kerajaan negara itu mengenai isu keselamatan makanan dalam kalangan penduduk negaranya.

Menurut stesen penyiaran CNN, keputusan kerajaan India itu bagaimanapun menjadi kerisauan kerana ia akan melonjakkan harga gandum global akibat kekurangan bekalan, sekali gus menjejaskan negara-negara terutamanya di Asia dan Afrika.

Ini kerana para pembeli global mengharapkan bekalan gandum dari India selepas eksport dari wilayah di Laut Hitam terjejas akibat perang Rusia-Ukraine.

“Larangan ini amat mengejutkan. Kami menjangkakan akan berlakunya sekatan ke atas eksport selepas dua ke tiga bulan, namun nampaknya, kadar inflasi telah mengubah fikiran kerajaan,” kata seorang peniaga di Mumbai.

Sementara harga gandum di India mencatatkan rekod baharu, dengan mencecah 25,000 rupee (RM1,418) bagi satu tan, melebihi harga sokongan minimum kerajaan iaitu 20,150 rupee (RM1,143).

Lonjakan itu, harga bahan api, buruh, pengangkutan dan kos pembungkusan turut sama mendorong melonjakkan harga jualan tepung gandum di negara itu.

“Ia bukan sahaja melibatkan gandum. Kenaikan bagi harga secara keseluruhan mencetuskan kebimbangan inflasi. Justeru itu, kerajaan terpaksa menyekat eksport gandum.

“Bagi kami, ia adalah satu tindakan berhati-hati,” kata seorang pegawai kanan kerajaan.

Pada Februari lalu, kerajaan India menyasarkan untuk menghasilkan sebanyak 111.32 juta tan gandum, namun menurunkan unjuran kepada 105 juta tan bagi Mei ini.

Menurut seorang peniaga di New Delhi yang enggan dikenali, suhu tinggi pada pertengahan Mac lalu menyebabkan hasil tanaman gandum mencecah kira-kira 100 juta tan atau kurang.

April lalu, India telah mengeksport 1.4 juta tan gandum dan beberapa perjanjian telah ditandatangani untuk mengeksport sekitar 1.5 juta tan lagi bagi bulan ini.

“Larangan terbaharu yang dikeluarkan akan menaikkan harga gandum global. Ini kerana sekarang ini, tiada pembekal utama di pasaran,” kata seorang pedagang lain. K Online

Dunia di ambang krisis makanan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


TMJ jawab punca JDT rai kemenangan seperti final

Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu

Khir Toyo ziarah Hamid Gurkha

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker