Anwar tak buat persediaan untuk debat – penganalisis



Anwar tak buat persediaan untuk debat – penganalisis

Seorang penganalisis berpendapat bekas perdana menteri, Najib Razak tampil lebih menguasai perdebatan yang ditunggu-tunggu dengan Anwar Ibrahim malam tadi kerana ketua pembangkang itu dianggap gagal membuat persiapan untuk acara berkenaan.

Azmi Hassan dari Akademi Nusantara percaya hujahan Najib lebih baik daripada Anwar kerana beliau mampu memberikan statistik dan data yang nampaknya gagal disangkal oleh presiden PKR itu.

Beliau berkata, Anwar gagal memberi respons terhadap penjelasan Najib berhubung pekali Gini bagi mengukur jurang pendapatan yang menyusut ketika beliau menjadi perdana menteri tetapi berkembang dalam tempoh 22 bulan Pakatan Harapan (PH) memerintah.

“Nampaknya Anwar tidak buat persiapan. Sebagai alon perdana menteri, beliau perlu memahami semuanya, sama ada isu ekonomi, geopolitik, malah sosial. Tetapi saya agak tidak berpuas hati (dengan prestasi debat Anwar).




“Sebaliknya, Najib mengeluarkan statistik dan data daripada pengalamannya sebagai bekas perdana menteri dalam mempertahankan pandangannya, khasnya mengenai Sapura dan masa depan Malaysia.

“Tetapi adakah kita belajar sesuatu yang baharu? Tidak, kita sangat sedar mengenai apa yang diperkatakan kedua-dua pembahas. Ia adalah debat biasa, tiada apa yang baharu,” katanya kepada FMT.

Azmi menganggap perdebatan itu sebagai pertarungan antara bekas perdana menteri dan individu yang ingin “menjadi” perdana menteri, tetapi percaya Najib tidak rugi apa-apa berbanding Anwar.

“Najib tidak memegang sebarang jawatan dalam Umno dan tidak pernah kata ingin menjadi perdana menteri lagi. Sebaliknya, Anwar adalah calon perdana menteri, sekurang-kurangnya untuk PH.”

Katanya, Najib memberikan penyelesaian berdasarkan fakta dan pengalamannya, tetapi Anwar dilihat fokus dalam mencari kesalahan.




“Saya rasa lapan atau sembilan kali apabila Anwar menggunakan istilah ‘audit forensik’, bermakna beliau cuba mencari kesalahan berbanding mencadangkan penyelesaian, yang sangat penting untuk calon perdana menteri.” FMT

Anwar tak buat persediaan untuk debat – penganalisis


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Waze punya pasal terpaksa terokai hutan

Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu

Baby Shima kena kecam lagi goyang pinggul



Leave a Reply

Your email address will not be published.