Thailand agih sejuta pokok ganja percuma kepada isi rumah

Thailand agih sejuta pokok ganja percuma kepada isi rumah

Kerajaan Thailand akan mengagihkan satu juta pokok ganja percuma kepada isi rumah di seluruh negara pada bulan Jun ini.

Ia menandakan peraturan baru yang membenarkan orang ramai menanam ganja gred perubatan di rumah, maklum Menteri Kesihatan Anutin Charnvirakul.



Dia mengumumkan langkah itu melalui catatan Facebook pada 8 Mei apabila menteri itu menyatakan hasratnya supaya tanaman ganja ditanam seperti “tanaman isi rumah” lain.

Peraturan baru itu, lapor CNN bakal berkuat kuasa pada 9 Jun, akan membenarkan orang ramai menanam tanaman ganja di rumah selepas memaklumkan kerajaan tempatan mereka, tetapi tumbuhan itu mestilah digunakan secara eksklusif untuk tujuan perubatan.

Selain itu, ganja tidak boleh digunakan untuk tujuan komersial tanpa lesen lanjut.

Langkah itu merupakan rancangan terbaru Thailand untuk mempromosikan ganja sebagai tanaman kontan bernilai tinggi. Kira-kira satu pertiga daripada sumber tenaga manusia Thailand bekerja dalam bidang pertanian, menurut Bank Dunia.



Thailand menjadi negara Asia Tenggara pertama yang menghalalkan ganja pada 2018 untuk kegunaan perubatan dan penyelidikan.

Kerajaan negara jiran itu juga telah melonggarkan undang-undang tempatan mengenai ganja.

Syarikat minuman dan kosmetik Thai tahun lepas bergegas melancarkan produk dengan hem dan CBD, kompaun yang tidak memberikan pengguna kesan ‘khayal’, selepas penggunaannya diluluskan untuk produk konsumer.

Dalam catatan Facebook selanjutnya pada 10 Mei, Anutin menyatakan syarikat Thai yang mendaftar boleh menjual produk kanabis yang mengandungi bahan psikoaktif kurang daripada 0.2 tetrahydrocannabinol, atau THC.



‘PM maklum balas positif’

“Ini akan membolehkan orang ramai dan kerajaan menjana lebih daripada 10 bilion baht setahun dalam bentuk hasil daripada (ganja jenis) marijuana dan hem,” tulis Anutin.

Pada 6 April lalu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata kajian klinikal terhadap penggunaan ganja dalam perubatan boleh dilakukan di Malaysia.

Khairy berkata, setiap dasar perlu berasaskan bukti dan setakat ini belum ada kajian klinikal yang lengkap diterima Kementerian Kesihatan (KKM). Mk



Thailand agih sejuta pokok ganja percuma kepada isi rumah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Waze punya pasal terpaksa terokai hutan



Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu

Baby Shima kena kecam lagi goyang pinggul



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker