Kencing manis, darah tinggi tidak layak tunai haji

KANGAR: Hanya 45 daripada 85 jemaah haji negeri ini yang ditawarkan ke tanah suci berjaya melepasi saringan kesihatan yang ditetapkan.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Ruzaini Rais berkata, 20 orang daripada mereka ada masalah obesiti, menghidap penyakit ken­cing manis, darah tinggi tidak terkawal serta penyakit paru-paru kronik berdasarkan penilaian pegawai perubatan.

Menurut beliau, sementara baki 20 lagi bakal jemaah menunda hasrat mereka berlepas atas hal peribadi.

“Tabung Haji akan memilih calon-calon lain yang layak bagi memenuhi kuota yang ditawarkan di negeri ini,” katanya.

Sebelum ini, tular di media sosial syarat-syarat kesihatan yang layak bagi bakal jemaah untuk menunaikan haji tahun ini yang bertambah ketat.

Antara syarat-syarat baharu yang dikatakan ketat itu seperti obesiti Indeks Jisim Tubuh (BMI) mesti 40 dan ke atas, obesiti BMI 35-40 dan individu yang ada satu penyakit kronik seperti kencing manis/hipertensi, pesakit kencing manis dengan bacaan Hba1c 8.0% dan ke atas serta penyakit paru-paru kronik (COPD) walaupun tahap ringan didakwa tidak layak.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Sirajuddin Hashim berkata, mereka yang gagal itu kerana menghidap penyakit kencing manis tidak terkawal iaitu sebanyak tiga orang, darah tinggi tidak terkawal (empat), obesiti morbid (tiga) dan pelbagai penyakit kronik tidak terkawal (10).

Menurut beliau, syarat-syarat kesihatan tersebut adalah berdasarkan Garis Panduan Pemeriksaan Kesihatan Bakal Haji 1443H/ 2022M Edisi Khas Pandemik oleh Kementerian Kesihatan dan Lembaga Tabung Haji.

Sirajuddin kemudian menasihatkan kepada sesiapa yang merancang untuk mengerjakan ibadat haji dan bakal jemaah untuk menjalani saringan dan pemeriksaan kesihatan secara berkala, sekurang-kurangnya setahun sekali.

“Mereka juga perlu amal gaya hidup sihat dengan menjaga pemakanan dan berat badan unggul,” kata beliau. – UTUSAN

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


5 anggota polis disyaki curi barang kemas ketika serbuan

Sharifah Sakinah dikecam jahil samakan tandas dengan syurga

Kecoh Britney Spears belanja gambar bogel

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker