PAS perlu akui peranannya dalam kegagalan MN – Khairuddin

PAS perlu akui peranannya dalam kegagalan MN – Khairuddin

PAS perlu mengakui peranannya dalam kegagalan Muafakat Nasional (MN) dengan Umno, kata Ahli Parlimen Kuala Nerus, Khairuddin Aman Razali.

“PAS perlu memperakui bahawa Umno beberapa kali memohon diteruskan rundingan kerusi, tetapi PAS yang tidak melayan dan mengabaikan permohonan tersebut. Kesilapan ini perlu dibetulkan,” katanya dalam catatan di Facebook.

Beliau berkata, MN boleh membuahkan hasil, dengan syarat ia menjadi keputusan bersama dan rasmi oleh kedua-dua pimpinan parti, serta kedua-dua parti tidak mencampuri urusan dalaman satu sama lain.

Katanya, tidak wajar diharapkan MN dibina kembali dengan mengetepikan pimpinan utama kedua-dua parti.

“Ibarat hanya diinginkan badan tanpa kepala. Inilah kesilapan dalam pengurusan MN sebelum ini. Ada pihak yang mahukan ‘badan’ sahaja tanpa ‘kepalanya’.

“Jangan diulangi kesilapan 1978 apabila ada parti mencampuri urusan pemilihan parti yang menjadi rakan kerjasama sehingga akhirnya terburai ikatan kerjasama. Sejarah pahit tidak wajar diulangi.” FMT

PAS perlu akui peranannya dalam kegagalan MN – Khairuddin


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Intan Najuwa calon menantu ‘limited edition’

Janna Nick persetan netizen

Mimy Fly terkilan teman lelaki dipanggil negro

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker