Paksa KM letak jawatan tohmahan tidak berasas – Ab Rauf

Paksa KM letak jawatan tohmahan tidak berasas – Ab Rauf

“Tiada dalam pengetahuan saya sama ada secara langsung atau tidak langsung yang memaksa Datuk Seri Sulaiman Md Ali menandatangani mana-mana dokumen untuk meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka.

“Dakwaan dibuat sesetengah pihak itu adalah tuduhan liar, bertujuan memecahbelahkan UMNO Melaka yang pada ketika ini sedang bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15),” kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Katanya, adalah tidak wajar untuk beliau serta pemimpin UMNO lain tidak menghormati keputusan pucuk kepemimpinan parti sejajar janji dalam manifesto yang dibuat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, tahun lalu.

Sehubungan itu, beliau yang juga EXCO Perindustrian, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan negeri, menasihatkan semua pemimpin UMNO negeri yang pernah membangkitkan isu berkenaan tanpa bukti dan asas kukuh supaya menghentikannya bagi memberi fokus kepada usaha membangunkan Melaka.

“Selaku Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah, tidak berada dalam satu keadaan untuk memaksa ketua menteri meletakkan jawatan, untuk apa memaksa beliau (Sulaiman) kerana tiada arahan atau keputusan daripada pucuk kepemimpinan parti untuk melakukannya.

“Saya bersama Sulaiman dan semua jentera negeri berada dalam keadaan harmoni dalam menjalankan tugas membangunkan negeri, selaras dengan misi manifesto yang sudah kita buat.

“Janganlah buat tuduhan liar yang boleh keruhkan suasana untuk menghadapi PRU-15 kelak,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, pemangku Ketua UMNO Bahagian Alor Gajah, Datuk Rospandi Leman dilapor tidak menafikan wujud paksaan pihak tertentu supaya Sulaiman menandatangani surat peletakan jawatan dalam masa terdekat.

Kenyataan itu susulan dakwaan yang dimuat naik di sebuah akaun Facebook kononnya Sulaiman dipaksa menandatangani surat peletakan jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka.

Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad, kelmarin pula menafikan khabar angin yang mendakwa Sulaiman dipaksa menandatangani surat peletakan jawatan sebagai Ketua Menteri serta menganggap ia sebagai fitnah dan tidak berasas.

Sulaiman yang juga ADUN Lendu mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 pada 21 November tahun lalu selepas Barisan Nasional (BN) memenangi 21 daripada 28 kerusi pada PRN Melaka. BH

Paksa KM letak jawatan tohmahan tidak berasas – Ab Rauf


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pemandu bawah umur, pemilik MPV langgar mati dikena tindakan berat

Sakit hati tengok Maria Farida terlalu lawa

Muda didesak jelaskan kes manipulasi saham penny stock

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker