Penjadualan semula AirAsia, pengguna berhak tuntut pampasan



Penjadualan semula AirAsia, pengguna berhak tuntut pampasan

PENGGUNA perkhidmatan penerbangan berhak menuntut pampasan bagi meneruskan perjalanan sekiranya berhadapan dengan isu penundaan atau penjadualan semula masa penerbangan.

Perkara tersebut dimaklumkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dalam ciapan di Twitter, hari ini.

Bagaimanapun, menurut Alexander, pampasan tersebut bergantung kepada beberapa faktor.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat daripada laman Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) http://mavcom.my, pampasan tersebut merangkumi beberapa faktor.




Kata beliau, ia termasuk makanan, panggilan telefon dan akses internet bagi penangguhan selama dua jam atau lebih.

“Selain itu, pampasan turut merangkumi penginapan hotel dan pengangkutan untuk penangguhan selama lima jam atau lebih dan pembayaran balik secara penuh atau penerbangan alternatif jika penerbangan anda dibatalkan.

“Satu-satunya pengecualian bagi mendapatkan pampasan adalah apabila berlakunya suatu ‘keadaan luar biasa’ yang termasuk risiko keselamatan atau cuaca ekstrem yang mana syarikat penerbangan tidak dapat menjangkanya,” katanya dalam ciapan tersebut hari ini.

Beliau mengulas mengenai isu kelewatan dan penjadualan semula penerbangan domestik melibatkan syarikat penerbangan AirAsia yang heboh diperkatakan ketika ini.

Mengulas mengenai perkara itu, Alexander memaklumkan mengambil maklum tentang rungutan, aduan dan keluhan pengguna.




Katanya, isu kelewatan penerbangan AirAsia ke pelbagai destinasi dalam negara itu telah dikesan berlaku sejak hujung bulan lalu dan masih berlanjutan.

Beliau turut mengepilkan beberapa aduan dan rungutan pengguna di Twitter yang tidak berpuas hati dengan penjadualan semula penerbangan AirAsia.

“KPDNHEP akan terus menjalankan siasatan daripada sisi kepentingan pengguna dan bekerjasama dengan MOT (Kementerian Pengangkutan) bagi merungkai permasalahan ini, demi memastikan ia tidak berlanjutan dan berulang,” katanya. Utv

Penjadualan semula AirAsia, pengguna berhak tuntut pampasan


Baca Artikel Menarik:




Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pemandu bawah umur, pemilik MPV langgar mati dikena tindakan berat

Sakit hati tengok Maria Farida terlalu lawa

Muda didesak jelaskan kes manipulasi saham penny stock



Leave a Reply

Your email address will not be published.