Rizalman berkongsi kisah scammer menyamar ‘Permaisuri Agong’

Tangkap layar perbulan antara scammer dan individu dikenali sebagai Faizul yang dikongsi Rizalman di InstaStorynya.

PETALING JAYA – Pelbagai taktik yang digunakan pihak scammer untuk menipu mangsa bagi mendapatkan wang dengan mudah.

Terbaharu, pereka fesyen tersohor negara, Datuk Rizalman Ibrahim di laman Instagrammnya ada berkongsi Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikatnya, Faizul Surani yang hampir diperdaya scammer.

Apa membimbangkan katanya, scammer tersebut telah menyamar sebagai ‘Tuanku Permaisuri Agong’ dan cuba memperdaya mangsa menerusi aplikasi Telegram.

Berdasarkan tangkap layar perbualan di Telegram yang dikongsi Rizalman, pihak scammer berjaya menceroboh akaun Telegram dan menyamar sebagai Tuanku Permaisuri Agong.



Dalam perbualan itu, ‘Tuanku Permaisuri Agong’ telah meminta Faizul memindahkan wang ke seorang lelaki dikenali sebagai Khairul Ikhwan sebanyak RM3,000.

Bagaimanapun, pihak scammer gagal memperdaya Faizul apabila lelaki tersebut sempat membuat semakan dan pengesahan daripada Permaisuri Agong sendiri.

“Mohon hati-hati dengan scammer, mereka sudah berjaya menceroboh ke Telegram, jangan terpedaya dengan scammer. Nasib double check dengan Tuanku, ampun Tuanku,”tulis Faizul pada tangkap layar perbualannya.

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bila Nak Kahwin? Jangan Sentap Kalau Ditanya Pasal Jodoh…Sini Ada Tips Tepis Soalan Camtu…



Hamid Gurkha kian uzur, badan tinggal tulang

Reedzwan Terkejut Kubur Ayah Hilang, Menangis Sedih Hanya Jumpa Batu Nisan Berlonggok [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker