Pekerja bengkel langgar lari guna MPV pelanggan

Pekerja bengkel langgar lari guna MPV pelanggan

Pekerja bengkel warga Pakistan bertindak melarikan diri selepas kereta milik pelanggan yang dipandunya melanggar sebuah motosikal di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dari Gombak menghala ke Ampang, dekat sini, pada 28 April lalu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor Superintendan Azman Shari’at berkata, kemalangan kira-kira 6 petang itu membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Proton Exora dan sebuah motosikal Yamaha Y15ZR.



Katanya, siasatan awal mendapati kemalangan itu dipercayai berlaku ketika kedua-dua kenderaan berkenaan dari arah Gombak menghala ke Ampang.

“Ketika motosikal yang dipandu lelaki berusia 23 tahun berada di lorong kanan, sebuah MPV dipandu lelaki warga Pakistan berusia 35 tahun yang berada di lorong tengah tiba-tiba mengubah laluan ke lorong kanan.

“Penunggang motosikal tidak sempat mengelak menyebabkan motosikalnya dilanggar di bahagian sisi kanan lalu tercampak di tepi kanan jalan.

“Selepas pelanggaran itu, MPV berkenaan dilihat meninggalkan lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.



Azman berkata, pemilik MPV terbabit sudah membuat laporan yang memaklumkan kenderaan itu dihantar ke bengkel kereta untuk dibaiki dan mengesyaki ia dipandu oleh pihak bengkel.

“Hasil soal siasat dilakukan, lelaki berkenaan mengaku memandu MPV milik pelanggan bengkel terbabit.

“Penunggang motosikal juga sudah membuat laporan dan dia sedang mendapatkan rawatan di Hospital Ampang.

“Lelaki berkenaan yang masih dalam cuti sakit akan hadir untuk rakaman percakapan selepas cuti Aidilfitri,” katanya.



Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Nur Nadzirah Abdul Rahim di talian 012-4401093 untuk tindakan lanjut,” katanya.

Terdahulu, satu rakaman video memaparkan sebuah MPV Proton Exora melanggar lari sebuah motosikal di MRR2, di sini, yang tular di media sosial, hari ini. HM

Pekerja bengkel langgar lari guna MPV pelanggan




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘DINA’, ‘MIRA’ dan ‘J3H3’ disita



Misteri duit syiling timbul di permukaan tanah

Hilang ibu bapa berselang 12 jam di Aidilfitri



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker