Biawak menghendap di bilik mandi

Biawak menghendap di bilik mandi

Aksi seekor biawak yang dirakam memanjat dinding sebuah bilik mandi di Indonesia menjadi tular dengan netizen berseloroh bahawa haiwan itu mungkin sedang menghendap manusia, lapor laman berita Suara.com semalam.

Klip video yang dimuat naik dalam akauan Instagram @info_etam itu memaparkan seekor biawak ‘melekat’ pada dinding bilik air dan tidak bergerak, seolah-olah mengintip orang sedang mandi.

“Seekor reptilia dilihat sedang menghendap di bilik mandi seorang penduduk,” demikian menurut keterangan pada hantaran itu.

Rakaman itu menjadi tular dengan ada dalam kalangan netizen yang berseloroh bahawa daging biawak itu boleh digunakan tuan rumah untuk memasak rica-rica.

Rica-rica merupakan sejenis makanan Indonesia yang berasal dari Manado, Sulawesi Utara.

“Hanya perlu membeli rempah-ratus untuk memasak rica-rica sahaja kalau begini,” kata seorang pengguna media sosial. K Online

Biawak menghendap di bilik mandi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘DINA’, ‘MIRA’ dan ‘J3H3’ disita

Misteri duit syiling timbul di permukaan tanah

Hilang ibu bapa berselang 12 jam di Aidilfitri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker