Berputih Mata Baru Pandu ‘Supercar’ Bernilai RM3 Juta Terus Langgar Pokok

Berputih Mata Baru Pandu ‘Supercar’ Bernilai RM3 Juta Terus Langgar Pokok

BOCA RATON, FLORIDA – Seorang lelaki yang baru membeli sebuah kereta ‘supercar’ berharga AS$704,000 (RM3 juta) terpaksa berputih mata apabila kenderaan itu terlibat dalam kemalangan akibat dirinya yang tidak pandai memandu, lapor laman AuthoBahn semalam.

Robert J. Guarini dari negeri Florida, Amerika Syarikat, melanggar  pokok ketika memandu kereta 2006 Heritage Edition Ford GT selepas membelinya dalam satu acara lelongan, bulan lalu.

Menurut laporan, kemalangan itu menyebabkan bahagian hadapan keretanya remuk.



Lelaki itu memberitahu polis bahawa dia hilang kawalan ketika memandu kereta itu dari kawasan kejiranan rumahnya kerana ‘tidak biasa memandu kereta manual’.

Laporan polis mengenai insiden itu menyatakan bahawa sejurus selepas kemalangan, Guarini menghampiri seorang petugas keselamatan berhampiran dan memberitahunya bahawa dia tidak mempunyai telefon bimbit.

Dia kemudiannya terpaksa berpatah balik ke rumahnya untuk menghubungi polis dan membiarkan keretanya tanpa pengawasan sesiapa.



Meskipun Guarini memberitahu polis bahawa dia tidak biasa memandu kereta secara manual, tambahnya, ia bukan menjadi satu-satunya penyebab kepada kemalangan itu.

“Tayar lama, laluan jalan yang berlumpur dan baru diturap membuatkan kereta itu berpusing dan melanggar sebatang pokok.

“Saya tidak mahu orang berfikir bahawa saya memandu pada kelajuan 144 kilometer sejam. Saya hanya memandu pada kelajuan 56 kilometer sejam,” katanya. – AGENSI

Berputih Mata Baru Pandu ‘Supercar’ Bernilai RM3 Juta Terus Langgar Pokok

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Drama Raya PETRONAS 366 gambaran ketabahan rakyat Malaysia (Video)



Dituduh memondan, Aliff Syukri nak saman pula

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker