Kanak-Kanak 8 Tahun Tumbuk Dan Tendang Jerung Ketika Diserang

Kanak-Kanak 8 Tahun Tumbuk Dan Tendang Jerung Ketika Diserang

BANGKOK – Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun di Thailand terselamat daripada serangan jerung selepas menumbuk pemangsa itu, lapor akhbar Metro UK.

Napat Chaiyarak Christenko sedang berenang bersama bapanya di Pulau Phuket apabila dia diserang .

Napat menjerit kesakitan dan cuba menendang jerung ganas itu. Dia menyelam lalu memukul kepala haiwan itu, demikian menurut mangsa dalam keterangan kepada polis.

Ibu bapa Napat yang terkejut bertindak mengheret kanak-kanak itu keluar dari laut. Darah memancut keluar daripada betis kanannya.

Petugas paramedik bergegas ke lokasi kejadian dan melakukan pertolongan cemas sebelum membawa Napat ke hospital untuk rawatan.

Kanak-kanak itu tenang ketika dalam perjalanan dan membeitahu doktor bahawa ia adalah kecederaan paling menyakitkan pernah dia rasakan.

Mereka percaya air yang keruh mengaburkan penglihatan jerung itu, menyebabkan ia tersalah anggap kaki mangsa sebagai ikan.

Pengarah Pusat Biologi Marin Phuket, Dr. Kongkiat Kittiwattanawong berkata, serangan ganas itu mungkin berlaku kerana sekarang adalah musim mengawan. – Agensi

Kanak-Kanak 8 Tahun Tumbuk Dan Tendang Jerung Ketika Diserang

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Drama Raya PETRONAS 366 gambaran ketabahan rakyat Malaysia (Video)

Dituduh memondan, Aliff Syukri nak saman pula

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker