Lelaki Disyaki ‘Onani’ Belakang Rumah Diburu Polis

Lelaki Disyaki ‘Onani’ Belakang Rumah Diburu Polis

Shah Alam: Lelaki disyaki melakukan perbuatan tidak senonoh dengan beronani di belakang rumah di Seksyen 23 dekat sini, 12.06 tengah malam Sabtu lalu, kini diburu polis.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, polis menerima laporan berkaitan kejadian berkenaan daripada seorang wanita di Balai Polis Sri Muda, kelmarin selepas mengetahui kegiatan tidak bermoral suspek melalui jirannya.

Difahamkan, perbuatan lelaki itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV).

Mohd Iqbal berkata, mangsa adalah akauntan yang sudah mempunyai suami dan seorang anak perempuan.

“Hasil siasatan awal mendapati tiada sebarang kesan umpil bagi pecah masuk ke rumah mangsa.

“Rakaman CCTV tidak dapat memaparkan dengan jelas wajah suspek berikutan rakamannya hitam putih dan suspek disyaki bukan warga tempatan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, usaha mengesan suspek sedang giat dilakukan dengan kes disiasat mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan.

Katanya, mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Sarjan Shamsul Azeerin di talian 012-9802652 atau 03-55202222 bagi membantu siasatan.-HM

Lelaki Disyaki ‘Onani’ Belakang Rumah Diburu Polis

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pemuda OKU Tangisi Pemergian Bapa Undang Sebak Netizen (Video)

Rayuan akhir Najib, 94 alasan dikemukakan untuk Mahkamah Persekutuan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker