Mahkamah tolak saman fitnah pensyarah terhadap Khalid Samad

Mahkamah tolak saman fitnah pensyarah terhadap Khalid Samad

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini menolak tuntutan saman fitnah yang dikemukakan pensyarah di Universiti Utara Malaysia (UUM), Kamarul Zaman Yusoff terhadap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Ahli jawatankuasa Amanah, Faiz Fadzil yang juga peguam kepada Khalid berkata, hakim Zulqarnain Hassan dalam penghakiman ringkasnya menyatakan pihak defendan, iaitu Khalid berjaya membuktikan pembelaan komen berpatutan atau komen yang wajar.

Kamarul diperintah membayar kos sebanyak RM10,000. Beliau diwakili peguam Mohd Harris Mohan dan Khalid diwakili oleh Faiz.

Pada 28 Julai 2020, Kamarul memfailkan saman fitnah berhubung penulisan Khalid yang disiarkan sebuah portal dalam talian bertajuk “Pensyarah Melayu Bodohkan Melayu Ibarat Pegar Makan Padi”.

Penulisan itu dibuat oleh Khalid pada 26 Mei 2017 ketika memberikan pandangan berhubung kritikan Kamarul terhadap buku Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh, “Becoming Hannah” melalui rencana bertajuk “Hannah Yeoh Contoh Hipokrasi Terbesar DAP”. FMT

Mahkamah tolak saman fitnah pensyarah terhadap Khalid Samad


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nagaenthran Jalani Hukuman Gantung: Ini Apa Yang Perlu Diketahui

JAKIM Perjelas Isu Penularan Tarikh Hari Raya Aidilfitri

Adam Adli bidas Rafizi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker