Dituduh memondan, Aliff Syukri nak saman pula
Dituduh memondan, Aliff Syukri nak saman pula
Usahawan kontroversi Datuk Seri Aliff Syukri akan mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang individu selepas dirinya dituduh ‘memondan’ dalam video klip lagu raya nyanyiannya, Kelepok Raya.
Aliff, 35, menerusi perkongsian dalam InstaStory meminta individu itu yang merupakan seorang penyanyi supaya membuat permohonan maaf secara bertulis dalam tempoh 24 jam selepas menulis kenyataan yang disifatkan melampau.
“Sila padam hantaran anda yang melampau dalam masa 24 jam sebelum surat sama saya hantar kepada anda. Siapa makan cili dia terasa pedas.
“Kalian rasa siapa? Terang-terang tulis nama saya. Orang lain okey tapi ini mamat dah lebih-lebih. Jangan ingat saya senyap, saya tak bertindak. Saya baru saja menang saman orang RM500,000,” tulisnya dalam perkongsian Instagram.
Tambah Aliff, biarpun ramai yang mengutuk video klip tersebut, namun lagu raya nyanyiannya itu tetap mencatat trending di tangga teratas carta YouTube.
“Orang mengutuk, lagu aku dah sembilan hari masih trending. Jadi ramailah orang panas. Cemburu. Lepas itu naikkan cerita aku. Nak tumpang namalah tu,” katanya.
Meskipun menyembunyikan nama Instagram artis berkenaan daripada tatapan umum, namun netizen tetap dapat meneka gerangan individu yang dimaksudkan Aliff.
Hasil tinjauan, artis lelaki itu berpendapat bahawa kemunculan Aliff dengan lagu Kelepok Raya bukanlah untuk publisiti mahupun mendapatkan wang.
Hal ini kerana dua perkara tersebut sememangnya sudah dimiliki boleh diraih usahawan itu dengan mudah.
“Tujuan video ini dibuat, satu saja. Pasal nak memondan. Itu saja.
“Kau nak memondan, itu kau punya hal dengan Allah. Tapi nak promosi benda-benda macam itu masa Ramadan? Kau ini tahap sial yang lain Lip (Aliff),” tulisnya.
Terdahulu, Aliff mencetuskan kontroversi selepas video klip lagu Kelepok Raya menyaksikan sekumpulan lelaki menari dalam keadaan menggeletis mengalahkan perempuan dan menggayakan baju Melayu sendat.
Selepas dikecam hebat, usahawan itu menafikan dakwaan segelintir pihak mengatakan dirinya ejen mempromosi dakyah lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT). K Online
Dituduh memondan, Aliff Syukri nak saman pula
Baca Artikel Menarik:
- Faiz bidas Annuar Musa tukar nada terhadap Muhyiddin
- Najib: Kit Siang patut tumpu kes kematian bos Ewein, bukan Altantuya
- Bapa rogol anak tiri manakala ibu sebabkan kecederaan emosi
- ‘Pakej Ambil Gambar Dahulu, Bayar Kemudian’ Buat Netizen Terhibur
- Pemimpin PAS saran Qisas – Hentak balik pembuli dengan meja
- Lelaki Disyaki ‘Onani’ Belakang Rumah Diburu Polis
- Bapa Penyanyi Sharifah Zarina Meninggal Dunia, Rebah Ketika Solat Di Masjid [VIDEO]
- Bergurau jadi mayat, lelaki tertimbus tanah kubur (Video)
- Sultan Johor perkenan karya mural Joey Daud
- Sanusi kata Isham anak seluang, enggan mohon maaf
- 34 Tahun Terpisah..Ajaibnya Ramadan, Pelakon Sensasi Tiz Zaqyah Akhirnya Jumpa Abang Kandung
- Isham lapor polis terhadap Sanusi
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Drama Raya PETRONAS 366 gambaran ketabahan rakyat Malaysia (Video)