Aliran trafik mula sesak di Plaza Tol Gombak

Aliran trafik mula sesak di Plaza Tol Gombak

Aliran trafik di Lebuh Raya Karak-Kuala Lumpur (KLK) dilaporkan mula sesak ekoran pertambahan kenderaan menghala ke pantai timur sejak pukul 2 petang tadi.

Menerusi laman web Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM), aliran trafik di lebuh raya terbabit dilaporkan perlahan dari Genting Sempah ke Lentang.



Setakat pukul 3.40 petang, trafik sebelum Plaza Tol Gombak dilaporkan masih sesak dan perlahan sepanjang 9.5 kilometer (KM) dari KM27.7 hingga KM37.2 menghala ke Kuantan.

Sementara itu, di Lebuh Raya Utara-Selatan, keadaan dilaporkan masih dalam keadaan terkawal walaupun terdapat beberapa insiden kemalangan sejak pagi tadi menyebabkan trafik menghala ke utara sedikit perlahan.

Antaranya adalah dari Autocity ke Perai, Sebrang Jaya ke Sungai Dua dan Gua temperung ke Gopeng.

Selain itu, aliran trafik menghala ke selatan dilaporkan lancar dan tiada sebarang insiden berlaku setakat ini. K Online



Aliran trafik mula sesak di Plaza Tol Gombak


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Drama Raya PETRONAS 366 gambaran ketabahan rakyat Malaysia (Video)



JAKIM Perjelas Isu Penularan Tarikh Hari Raya Aidilfitri

Adam Adli bidas Rafizi



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker