Drama Raya PETRONAS 366 gambaran ketabahan rakyat Malaysia (Video)

Drama Raya PETRONAS 366 gambaran ketabahan rakyat Malaysia (Video)

PETRONAS melancarkan episod kedua drama bersiri 366, sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Berinspirasikan suka dan duka yang dialami sejak beberapa tahun belakangan ini, drama bersiri tujuh episod itu berlatarbelakangkan keseluruhan kempen perayaan PETRONAS 2022 yang bertema Live Again atau Mara Semula.

Ia menggambarkan ketabahan dan kebersamaan rakyat Malaysia semasa menghadapi cabaran.

Episod pertama (Hari Ke-32) telah dikeluarkan pada 30 Januari lalu sempena Tahun Baharu Cina. Ia mengisahkan usaha seorang wanita, Zhi Yi, yang mencari ibunya setelah terlibat dalam satu kemalangan.

Dalam episod kali ini (Hari Ke-123), ia memfokuskan kepada Poji, watak yang telah diperkenalkan dalam episod sebelumnya. Kali ini ia meneroka zaman kanak-kanak Poji, watak serta kisah cintanya yang sedang berkembang bersama gadis bernama Ayu.

Bagaimanapun, hasrat Poji untuk melamar Ayu tidak kesampaian disebabkan perkara-perkara yang tidak disangka. Poji kemudian mula mempersoalkan makna segala-galanya. Walaupun sukar, pemuda itu menempuhi ujian dengan berani dan reda menerima takdir.

Ketua Jabatan Pengurusan Komunikasi, Komunikasi Strategik Kumpulan PETRONAS, Joseph Edwin berkata, penerbitan iklan merupakan sesuatu yang tidak asing menjelang perayaan di Malaysia.

“Sudah sekian lama PETRONAS menyediakan pentas atau iklan televisyen yang berjiwa Malaysia dengan menerapkan nilai-nilai murni yang cukup sinonim dengan rakyat Malaysia.

“Melalui kempen perayaan ini, kami terus menceritakan kisah-kisah inspirasi yang menyampaikan nilai yang biasa dikongsi, dihargai dan menyatukan rakyat sebagai sebuah negara.

“Kami sentiasa berhasrat cerita kami diselitkan dengan prinsip harmoni yang menekankan hubungan keluarga dan keharmonian masyarakat.

“Melalui jalan cerita drama bersiri ini, kami berharap episod kedua itu dapat membawa keterujaan rakyat Malaysia dan menantikan episod seterusnya dengan penuh semangat,” katanya di sini, kelmarin.

Ujarnya, PETRONAS berharap rakyat Malaysia kekal positif dan dapat terus mengikuti siri ini sepanjang tahun.

“Kami percaya melalui perkongsian cerita kami, rakyat Malaysia akan mendapat inspirasi untuk maju bersama dan menyedari kita tidak pernah bersendirian kerana kita sentiasa ada untuk satu sama lain,” ujarnya.

Drama bersiri 366 arahan pengarah popular, Kabir Bhatia itu, merangkumi tujuh episod merangkumi semua perayaan di Malaysia. Episod ketiga akan dikeluarkan pada hari perayaan seterusnya iaitu Hari Kaamatan (Hari ke-150), episod keempat pada Hari Gawai (Hari ke-152), episod kelima pada Hari Malaysia dan Merdeka (Hari ke-243), episod keenam pada perayaan Deepavali (Hari ke-297) dan episod ketujuh pada sambutan Hari Krismas (Hari ke-365).

Drama Raya PETRONAS 366 gambaran ketabahan rakyat Malaysia (Video)


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nagaenthran Jalani Hukuman Gantung: Ini Apa Yang Perlu Diketahui

JAKIM Perjelas Isu Penularan Tarikh Hari Raya Aidilfitri

Adam Adli bidas Rafizi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker