Tahun 2022 Tahun Kebangkitan Semula Pengusaha Bas Ekspres-Laili

Tahun 2022 Tahun Kebangkitan Semula Pengusaha Bas Ekspres-Laili

Selepas dua tahun tidak dibenarkan beroperasi ketika Aidilfitri, kelonggaran demi kelonggaran yang dinikmati pada tahun ini memberi sinar baharu buat pengusaha bas ekspres.

Kira-kira 24 bulan menanggung kerugian, permintaan tinggi direkodkan sempena Aidilfitri pada tahun ini, jauh berbeza daripada tahun lepas.

Meskipun belum dapat menutup kerugian namun ia sedikit sebanyak melegakan mereka.
Yang Dipertua Persatuan Pengusaha Bas Ekspres Melayu Semenanjung Malaysia (Pembawa), Laili Ismail berkata, tahun ini merupakan tahun kebangkitan buat semua pengusaha bas ekspres.

“Saya rasa, selepas dua tahun COVID-19, tahun ini merupakan tahun kebangkitan dan tahun permulaan bagi pengusaha bas untuk bangkit semula memberi khidmat kepada masyarakat yang berulang-alik dari desa ke kota, dari kota ke desa.

“Alhamdulillah, pada tahun ini kita dapat menyediakan perkhidmatan bas kepada penumpang-penumpang yang nak balik beraya sempena Aidilfitri,” katanya kepada Astro AWANI.

Tambahnya, lokasi menerima permintaan tertinggi ialah dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu, Kuala Lumpur ke Johor Bahru dan Kuala Lumpur ke negeri-negeri di utara.

Mengulas kerugian selama dua tahun tidak beroperasi, beliau menganggarkan kerugian kepada semua ahlinya mencecah RM500 juta.-AA

Tahun 2022 Tahun Kebangkitan Semula Pengusaha Bas Ekspres-Laili

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Drama Raya PETRONAS 366 gambaran ketabahan rakyat Malaysia (Video)

Dituduh memondan, Aliff Syukri nak saman pula

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker