Fosil Cengkerang Berusia 66 juta Tahun, Rupanya…

Fosil Cengkerang Berusia 66 juta Tahun, Rupanya…

Bangkok: Lebih 70 cengkerang yang ditemui ‘tertanam’ di laluan pejalan kaki di luar sebuah pusat beli-belah Thailand disahkan sebagai fosil berusia lebih 66 juta tahun.

Penemuan itu pada mulanya ditemui seorang pelanggan pusat beli-belah Siam Square yang melihat fosil berbentuk siput berukuran sehingga 12 sentimeter.

Pengarah bahagian perlindungan fosil dari Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Preecha Saithong berkata, pihaknya menyiasat dan menemui 77 fosil ammonit yang hidup pada 66 juta tahun lalu.

Katanya, ammonit ialah hidupan laut yang dipercayai mati 66 juta tahun lalu.

“Amonit adalah nyata.

“Fosil itu berbeza daripada fosil yang biasa ditemui di Thailand,” katanya.

Media tempatan melaporkan, laluan pejalan kaki itu dibaiki dua tahun lalu dan cengkerang berkenaan mungkin dimasukkan di dalam konkrit sebagai hiasan oleh subkontraktor.

Moluska yang tinggal di lautan fosil yang hidup pada Zaman Jurasik dan Zaman Batu Kapur dijual sebagai cenderahati di beberapa destinasi pelancongan popular termasuk Madagascar dan Maghribi.-HM

Fosil Cengkerang Berusia 66 juta Tahun, Rupanya…

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Drama Raya PETRONAS 366 gambaran ketabahan rakyat Malaysia (Video)

Dituduh memondan, Aliff Syukri nak saman pula

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker