Hasrat Timang Anak Baharu Tidak Kesampaian, Anggota Tentera Maut Kemalangan

Hasrat Timang Anak Baharu Tidak Kesampaian, Anggota Tentera Maut Kemalangan

SUNGAI PETANI: Hasrat seorang anggota Tentera untuk menemui isteri baru bersalin tidak kesampaian setelah maut dalam kemalangan di Kilometer 46 Jalan Alor Setar-Butterworth, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, kejadian berlaku jam 8.15 malam ketika itu mangsa Muhammad Izzat Jefree, 27, dalam perjalanan pulang ke rumah.



“Mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha R25 datang dari arah Bedong menghala ke arah ke arah Gurun.

“Akibat jarak terlalu dekat mangsa tidak nampak sebuah kereta Jenis Honda Accord sedang membelok untuk masuk ke Taman Selesa Bedong merempuh bahagian kiri kereta terbabit.

“Mangsa terpelanting jatuh ke atas jalan dan maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan badan,” katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.-AA

Hasrat Timang Anak Baharu Tidak Kesampaian, Anggota Tentera Maut Kemalangan



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Drama Raya PETRONAS 366 gambaran ketabahan rakyat Malaysia (Video)



Dituduh memondan, Aliff Syukri nak saman pula

Berjuta tonton, saya akan buat konsert pula – Aliff Syukri



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker