Polis bantu lelaki kendong anak guna kain pelikat

Polis bantu lelaki kendong anak guna kain pelikat

Polis membantu seorang penunggang motosikal yang mengendong anak dengan ikatan kain pelikat di Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (Latar), semalam.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman dalam kenyataan berkata, kejadian terbabit berlaku di Kilometer 435.1 Latar arah selatan kira-kira pukul 4 petang, semalam.



“Melihat kepada situasi itu, pasukan peronda telah menahan penunggang motosikal terbabit.

“Hasil soal siasat mendapati kanak-kanak lelaki yang dikendong itu adalah anak kandungnya berumur sembilan tahun dan sedang dalam perjalanan ke Dang Wangi, Kuala Lumpur selepas pulang beraya di Batu Gajah, Perak,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, polis menasihatkan individu berkenaan bahawa pelakuan tersebut boleh mendatangkan bahaya kepada dirinya dan pengguna jalan lain.

“Atas faktor keselamatan, pasukan peronda telah mendapatkan kebenaran Komander Lebuhraya Zon Tengah A dan Gerakan Trafik untuk membawa dan menghantar kanak-kanak itu sambil diiringi ayahnya hingg ke kediaman mereka di Flat Selayang, Jalan Chow Kit 4, Kuala Lumpur,” ujarnya.



Justeru, pihak polis menasihatkan pengguna lebuhraya agar lebih peka dengan soal keselamatan dan berhati-hati semasa pemanduan di musim perayaan.

Semalam, OP Selamat 18 telah menyaksikan pertambahan kenderaan di Lebuhraya utama negara, yang mana warga kota kembali pulang ke ibu negara selepas menyambut perayaan Aidilfitri di kampung halaman. K Online

Polis bantu lelaki kendong anak guna kain pelikat


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bila Nak Kahwin? Jangan Sentap Kalau Ditanya Pasal Jodoh…Sini Ada Tips Tepis Soalan Camtu…

Hamid Gurkha kian uzur, badan tinggal tulang



Reedzwan Terkejut Kubur Ayah Hilang, Menangis Sedih Hanya Jumpa Batu Nisan Berlonggok [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker