PM ucap terima kasih pada Keluarga Malaysia

PUTRAJAYA – “Sambutan luar daripada jangkaan. Setinggi terima kasih kepada semua pengunjung yang datang hari ini,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau menghargai kehadiran pengunjung terdiri daripada pelbagai latar belakang dan kaum yang bersama-sama memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan Anggota Jemaah Menteri 2022 di Kompleks Seri Perdana di sini hari ini.

“Walaupun sepatutnya program bermula 10 pagi tetapi pukul 9 pagi orang beratur panjang. Jadi kita benarkan masuk 9.30 pagi manakala, sepatutnya ia berakhir pukul 4 petang.



“Akhirnya sekarang ini lima minit hampir pukul 5 petang, berakhir orang beratur untuk bersalaman dengan menteri sebagainya. Jadi saya nak ucapkan setinggi terima kasih kepada semua pengunjung yang datang bersama-sama menyambut Aidilfitri di rumah terbuka ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, sasaran jumlah pengunjung yang menghadiri majlis itu juga melebihi jangkaan awal pihaknya.

“Kami menyasarkan 70,000 pengunjung tetapi saya dimaklumkan lebih daripada 100,000 pengunjung hadir hari ini. Sebab itu saya kata tadi, jangka masa pun telah ditambah satu jam setengah iaitu setengah jam lebih awal (masuk) dan satu jam lewat (majlis berakhir) daripada yang ditetapkan.

“Bagi saya apa yang digambarkan hari ini dengan kehadiran ramai berbilang kaum menunjukkan Malaysia benar-benar seperti suatu keluarga besar iaitu Keluarga Malaysia seperti saya idam-idamkan,” katanya



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Bila Nak Kahwin? Jangan Sentap Kalau Ditanya Pasal Jodoh…Sini Ada Tips Tepis Soalan Camtu…

Hamid Gurkha kian uzur, badan tinggal tulang



Reedzwan Terkejut Kubur Ayah Hilang, Menangis Sedih Hanya Jumpa Batu Nisan Berlonggok [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker