Blogger Kanada sanggup datang balik ke Malaysia untuk hadir Rumah Terbuka PM



Blogger Kanada sanggup datang balik ke Malaysia untuk hadir Rumah Terbuka PM

Seorang blogger dari Toronto, Kanada, sanggup kembali melawat Malaysia pada awal bulan ini semata-mata untuk hadir ke Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri 2022.

Blogger itu bukan sahaja teruja untuk bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tetapi juga menggemari suasana hari raya seperti muzik, lagu, makanan dan pakaian tradisional negara ini.

Steve Greig, 31, berkata,dia kali pertama menjejaki kaki ke Malayisia selang beberapa hari sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan ekoran pandemik Covid-19 pada tahun 2020.

Dia yang aktif menghasilkan kandungan Youtube dengan nama Jetlag Warrior bersama isterinya, Ivana Wibowo, 33 hadir di Seri Perdana sekitar 7.45 pagi lagi.




Kedua-dua pasangan yang lengkap berpakaian baju Melayu dan berbaju kurung itu turut menjadi perhatian umum.

Ketika bercakap dengan MalaysiaGazette, Greig berkata, dia cukup teruja melihat penganjuran sebuah majlis yang dihadiri ribuan orang dengan begitu teratur dan mematuhi semua peraturan tanpa disuruh.

“Saya belum sempat bersalam dengan perdana menteri lagi, beliau nampak begitu sibuk dengan pengunjung, bersalaman dengan mereka. Saya makan-makan dulu, ambil gambar.

“Banyak makanan yang saya dan isteri gemari ada di sini. Antaranya rendang daging, memang sangat sedap sekali. Hendak makan lagi, ada juga satay, mee goreng juga sedap. Ada banyak kuih tradisional lazat dan manis.

“Kambing bakar juga kegemaran. Ada menu yang sama tapi rasanya sangat lain dan unik. Sebagai seorang ‘influencer’ di YouTube, banyak juga dapat saya ceritakan kelak.




“Saya sanggup datang balik kerana sebelum ini ada juga kawan-kawan bercerita tentang sambutan Hari Raya di negara ini, bila saya datang pada tahun 2020, semuanya terpaksa dibatalkan dan sudah ada perintah PKP. Visa saya telah dilanjutkan tapi saya duduk dalam rumah sahaja,” katanya ketika di temui di Laman Sari.

Kata Greig lagi, beliau seronok melihat orang ramai pelbagai bangsa, kaum dan latar belakang sanggup beratur panjang semata-mata untuk bertemu perdana menteri dan barisan menteri lain, selain menjamu juadah.

“Sini memang unik, saya amat suka sekali. Semuanya penuh tradisi dan Covid-19 juga tidak halang sesiapa dari terus menyambut semua perayaan dengan cara norma baharu.

“Sangat bagus penganjur telah sediakan semua kemudahan, semua teratur tidak berebut. Memang ini salah percutian paling ‘best’. Malaysia memang destinasi terbaik,” ujarnya.

Dengan tema ‘Raya Keluarga Malaysia, Syawal Dirai, Nikmat Disyukuri’, Ismail Sabri dan barisan Menteri akan menyantuni pengunjung sekitar jam 10 pagi ini.




Dianggar lebih 100,000 orang akan hadir di majlis ini. MG

Blogger Kanada sanggup datang balik ke Malaysia untuk hadir Rumah Terbuka PM


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bila Nak Kahwin? Jangan Sentap Kalau Ditanya Pasal Jodoh…Sini Ada Tips Tepis Soalan Camtu…

Hamid Gurkha kian uzur, badan tinggal tulang

Reedzwan Terkejut Kubur Ayah Hilang, Menangis Sedih Hanya Jumpa Batu Nisan Berlonggok [VIDEO]



Leave a Reply

Your email address will not be published.