‘Kami Ni Melompat Untuk Rakyat, Bah!’ – Mohammadin Ketapi

‘Kami Ni Melompat Untuk Rakyat, Bah!’ – Mohammadin Ketapi

LAHAD DATU: Rang Undang-Undang RUU Antilompat Parti tidak wajar dilaksanakan dan tidak munasabah untuk dibahaskan.

Demikian dinyatakan oleh Ahli Parlimen Lahad Datu, Datuk Mohammadin Ketapi.



Beliau menjelaskan bahawa setiap individu mempunyai hak kebebasan bersuara dan memilih seperti di negara maju yang lain.

Beliau ditemui semasa merasmikan sambutan Pesta Kaamatan bagi kawasan Segama, Lahad Datu pada petang Ahad.

Dengan nada tegas, Mohammadin menyatakan beliau tidak bersetuju dengan RUU Antilompat Parti, bukan kerana beliau juga telah ‘melompat’ tetapi ia adalah hak wakil rakyat.

“Wakil rakyat ini berhijrah ke lain parti untuk memperkembang dan menyelesaikan masalah rakyat. Kalau pemimpin macam kita ini melompat demi rakyat, bah.

“Kalau di negara lain, ini (soal) bercakap tentang hak kebebasan dan sebagainya. Kita di Malaysia ini pun bercakap pasal hak kebebasan dan sebagainya. Tetapi orang berhijrah demi kepentingan rakyat dan negara dihalang dan (isunya) dibentangkan,” ujar beliau.



Untuk rekod, Mohammadin merupakan antara salah seorang wakil rakyat dari Parti Warisan yang telah menukar haluan ke parti lain pada November 2021, iaitu dengan menyertai Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) ketika ini.

Dalam pada itu, beliau pula bersetuju untuk diadakan Pilihan Raya Umum (PRU) pada bila-bila masa dan keputusan itu, menurutnya, terpulang kepada Perdana Menteri.

Selain itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undang Negeri Segama turut mempertimbangkan untuk bertanding dalam PRU akan datang jika permintaan masih tinggi dan kondisi kesihatan mengizinkan.-AA

‘Kami Ni Melompat Untuk Rakyat, Bah!’ – Mohammadin Ketapi



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pemandu bawah umur, pemilik MPV langgar mati dikena tindakan berat



Sakit hati tengok Maria Farida terlalu lawa

Muda didesak jelaskan kes manipulasi saham penny stock



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker