Angkara pokok serai, lelaki parah ditetak

KUALA KRAI – Seorang lelaki parah ditetak dengan sebilah parang selepas dipercayai menuduh dua orang penduduk kampung meracun tanaman serainya dalam kejadian di kebun getah Kampung Gajah Mati Slow Temiang di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu, mangsa yang berusia 39 tahun pecah tengkorak kiri bahagian kepalanya selain mengalami luka dalam pada bahagian belakang badannya dalam pergaduhan tersebut.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Suzaimi Mohamad berkata, siasatan awal mendapati, suspek bersama seorang lagi lelaki berjalan kaki di kawasan kebun mangsa untuk ke tempat letak kereta.

Menurutnya, mangsa yang melihat suspek terus menjerkah dan menuduh kedua-dua lelaki itu meracun tanaman serainya.

“Suspek memaklumkan bahawa dia tidak berbuat demikian sebelum mangsa dikatakan membaling buluh tajam, batu dan sabit tajam ke arah mereka selain menyerang dengan sebilah parang.

“Insiden itu menyebabkan berlaku pergaduhan antara mereka sehingga mangsa cedera ditetak suspek,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, selain pecah tengkorak kepala, tangan dan kaki kirinya turut bengkak sehingga kesemua kecederaan itu boleh mendatangkan kecacatan kekal.

Katanya, mangsa kini dirawat di Hospital Sultan Ismail Petra dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan. -KOSMO! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


TMJ jawab punca JDT rai kemenangan seperti final

Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu

Khir Toyo ziarah Hamid Gurkha

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker