Sukan SEA Vietnam 2021: Emas terlepas, Ziyad bawa balik Gangsa buat negara

Muhammad Ziyad berjaya meraih pingat gangsa dalam acara lontar peluru lelaki pada temasya Sukan SEA Vietnam 2021 sebentar tadi.

HANOI – Atlet paralimpik negara, Muhammad Ziyad Zolkefli berbangga apabila berjaya meraih pingat gangsa dalam acara lontar peluru lelaki di Stadium Nasional My Dinh pada temasya Sukan SEA Vietnam 2021 sebentar tadi.

Ziyad yang meraih perak ketika Sukan SEA Manila pada 2019 itu terpaksa akur dengan kehebatan lawan dari Thailand dan Filipina selepas melakukan lontaran sejauh 17.20 meter (m).

Pingat Emas menjadi milik William Morrison III Edward (Filipina) yang membuat lontaran sejauh 18.14m. Perak menjadi milik atlet Thailand, Jakkapat Noisri dengan lontaran sejauh 17.32m.

“Apa pun, syukur ke hadrat Ilahi, ini adalah Sukan SEA saya kali ketiga, saya sudah buat terbaik dan bangga dapat meraih pingat gangsa buat negara.



Muhammad Ziyad ketika acara lontar peluru lelaki di Stadium Nasional My Dinh.

“Saya juga bangga sebagai seorang atlet para dapat bersaing dengan atlet normal pada temasya dwitahunan ini,” kata Ziyad.

Sementara itu, dalam saingan lompat jauh lelaki Andre Anura Anuar hanya menduduki tempat kelima selepas melakukan lompatan sejauh 7.24m.

Emas dalam acara berkenaan milik wakil tuan rumah, Trong Nguyen Tien yang melakukan lompatan sejauh 7.80m, diikuti Janry Ubas Borinaga dari Filipina (7.73m), makala gangsa milik atlet Indonesia, Sapwaturrahman (7.61m).

Dalam acara lompat tinggi wanita, wakil negara, Ngu Jia Xin menduduki tempat kelima dengan lompatan 1.65m, manakala emas milik atlet Vietnam, Dhiem Pham Thi (1.78m), manakala perak milik Michelle Sng dari Singapura (1.75m) dan gangsa diraih seorang atlet Vietnam, Giang Pham Quynh (1.70m)



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


TMJ jawab punca JDT rai kemenangan seperti final



Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu

Khir Toyo ziarah Hamid Gurkha



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker