Lagi kes buli, 3 pelajar tingkatan dua di SBP cedera

NILAI – Tiga pelajar tingkatan dua sebuah Sekolah Menengah Agama (SMA) berasrama penuh di sini mengalami kecederaan selepas disyaki menjadi mangsa buli pelajar senior.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd. Fazley Ab. Rahman berkata, pihak polis telah menerima tiga laporan berhubung kejadian itu kelmarin.

“Mangsa mendakwa telah dipukul oleh pelajar yang lebih senior dipercayai tingkatan empat sehingga menyebabkan kecederaan di beberapa bahagian badan.



“Mangsa telah menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban dan menerima rawatan sebagai pesakit luar,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, dua pelajar senior dipercayai terlibat dan boleh membantu siasatan dalam kejadian yang dilaporkan.

“Kita masih mengenal pasti punca kejadian termasuk mengenal pasti sama ada masih terdapat pelajar lain yang menjadi mangsa buli,” ujarnya.

Katanya, kes disiasat dibawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan cedera yang boleh membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun.



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




TMJ jawab punca JDT rai kemenangan seperti final

Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu



Khir Toyo ziarah Hamid Gurkha

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker