Gambar MK K-Clique berkahwin cetus huru-hara

MK segak berbaju Melayu membuatkan ramai peminat khususnya wanita patah hati.

BARU-BARU ini, dengarnya MK K-Clique mencetuskan huru-hara dalam kalangan peminat wanitanya.

Semuanya gara-gara beberapa keping foto dia memakai baju Melayu berwarna putih yang dikongsi dalam Instagram.

Disebabkan foto tersebut, ramai yang patah hati dan terkejut beberapa saat kerana menyangka artis kesayangan mereka berkahwin secara mengejut.

Rupa-rupanya foto tersebut diambil ketika penggambaran 7 Minggu Sebelum Kahwin lakonannya bersama si cantik Nora Danish.

“Berdegup kencang dada aku. Baca kapsyen pada bahagian bawah, drama rupa-rupanya, lega,” komen seorang peminatnya.

“Kalau betul-betul kahwin, menangis tak berlagu kaum wanita di luar sana,” kata seorang lagi netizen.

Sepertinya ramai yang akan patah hati teruk kalau MK benar-benar bernikah nanti. Tabah lah ya semua, hari bahagia tersebut pasti akan tiba.

DIVA: Peserta mana yang akan menyerlah pada minggu pertama Big Stage malam ini? Dengarnya ramai peminat Aisha Retno dan Ajoi Zainal.


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Keluarga Pelakon Ezzaty Abdullah Ada Dalam Kereta Api Terbakar Di Kelantan, Dukung Nenek Sekali

Lelaki cedera dibelasah kekasih gelap isteri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker