DJ Dave Menyanyikan Lagu Raya Untuk Pandalela Di Hanoi

DJ Dave Menyanyikan Lagu Raya Untuk Pandalela Di Hanoi

Satu perkongsian di Instagram milik penerjun elit negara, Datuk Pandelela Rinong bersama Datuk DJ Dave telah mencuri perhatian netizen baru-baru ini.

Sapu Bersih Acara Terjun

Pada sukan SEA yang berlangsung baru-baru ini, gandingan dua penerjun, Datuk Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri, menepati ramalan apabila mengungguli acara 10 meter platform seirama wanita di Pusat Akuatik My Dinh, Hanoi.

Pandelela dan Nur Dhabitah menewaskan wakil Singapura dan tuan rumah sekaligus menyapu bersih kesemua acara yang dipertandingkan.

Berjumpa DJ Dave Di Hanoi

Menerusi perkongsian di Instagram milik Pandalela, dia berkongsikan satu ‘moment’ gembira dimana berjumpa DJ Dave di Hanoi.

Menariknya, dalam video yang berdurasi 20 saat itu DJ Dave sempat menyanyikan lagu Menjelang Hari Raya kepada Pandalela.

Netizen Teruja Dengan Nyanyian DJ Dave

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen teruja melihat perkongsian tersebut. Ada juga yang menyatakan bahawa suara DJ Dave tidak berubah, sama seperti lagu asal.

Sekadar makluman, Pandalela kini sedang memberi fokus pada Kejohanan Dunia FINA 2022 di Budapest pada Jun ini selepas menyapu semua acara terjun pada Sukan SEA Hanoi. Mr

DJ Dave Menyanyikan Lagu Raya Untuk Pandalela Di Hanoi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


TMJ jawab punca JDT rai kemenangan seperti final

Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu

Khir Toyo ziarah Hamid Gurkha

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker